Tolak Tawaran RM20 Ribu, Elon Musk Sekat Remaja Yang 'Stalk' Jet Beliau

Minggu lalu, Jack Sweeney berusia 19 tahun mendapat perhatian dunia melalui akaunnya, @ElonJet yang berjaya menjejak dan berkongsi lokasi jet milik Elon Musk. Dia menolak tawaran ~RM20,00 daripada Elon dan sebaliknya menawarkan diri untuk menjalani latihan industri di Tesla. Jika anda ketinggalan, klik di SINI untuk baca berita penuh.

Terbaru, Jack mengesahkan bahawa beliau telah disekat (block) oleh Elon Musk di Twitter. Perbualan mereka selama sekitar sebulan nampaknya berakhir tanpa Jack memperoleh walau satu sen daripada tokoh yang dikaguminya.



Sejak tular di serata dunia, Jack ditawarkan pelbagai peluang baharu disebabkan kemahirannya dalam pengaturcaraan dan penerbangan. Dalam temu bual bersama The Guardian itu, dia hanya tersenyum dan memberitahu bahawa atas permintaan orang ramai, dia telah menambah beberapa individu lain dalam senarai penjejakannya seperti Drake yang mempunyai kapal Boeing yang sangat besar.

Lokasi terakhir yang dikongsi @ElonJet ialah di Texas, Amerika Syarikat, semalam.

https://twitter.com/ElonJet/status/1488672980007886850?s=20&t=KNvyk2CSkde2YBoaQxwPag

Selain, Elon Musk, Jack juga turut mencipta akaun Twitter yang berkongsi lokasi jet tokoh lain seperti Bill Gates, Jeff Bezos dan lain-lain di akaun berasingan di Twitter.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

Berkaitan