Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti 'Stalk' Beliau

Pernah atau tidak dalam hidup anda terjadi dengan dua perkara ini; anda buat sebuah akaun media sosial  hanya untuk jejak kedudukan individu lain? atau ketika anda berumur 19 tahun, pernahkah tokoh teknologi memulakan perbualan dengan anda di ruang DM bersama tawaran sejumlah wang? Mungkin satu pun tak pernah, tetapi inilah dua perkara yang terjadi pada Jack Sweeney.

Jack Sweeney, seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru menuntut di University of Central Florida sudah ditawarkan ~RM21 ribu oleh Elon Musk untuk berhenti berkongsi lokasi jet beliau di Twitter.

Jack telah mencipta sebuah akaun Twitter, @ElonJet yang berfungsi 24/7 mengesan lokasi jet Elon Musk serta berkongsinya melalui twit yang boleh dilihat serta disebarkan sesiapa sahaja. Pun begitu, Jack tidaklah melakukannya secara manual kerana ia menggunakan bot.

“Can you take this down? It is a security risk,” mesej daripada Elon Musk kepada Jack pada 12 tengah malam memintanya berhenti melakukan perkara tersebut.

Elon menawarkan $5,000 untuk akaun namun Jack meminta $50,000 atas alasan untuk perbelanjaan kolejnya dan mungkin membantu beliau membeli Tesla Model 3.

https://twitter.com/ElonJet/status/1486471951606599683?s=20&t=KPH88OggIEB-trDWXPZdrg

 

Akaun tersebut kini diikuti 109.2K orang. Bukan sahaja Elon Musk menjadi mangsa malah Jack juga melakukan penjejakan ini pada tokoh lain seperti Bill Gates dan Jeff Bezos melalui akaun @GatesJet dan @BezosJet.
Perkara yang dilakukan Jack ini tidak salah di sisi undang-undnag kerana bot Jack menggunakan data daripada transponder ADS-B pada pesawat serta beberapa teknik tambahan lain untuk memastikan data yang dikongsi tepat.



Elon Musk akhirnya meninggalkan Jack tanpa sebarang respons kerana Elon tidak berasa ia satu perkara yang tepat untuk mengeluarkan wang semata-mata mahu memadam sebuah akaun Twitter.


Disebabkan akaun @ElonJets, dia kini lebih mahir dalam pengaturcaraan dan mendapat kerja separuh masa di UberJets sebagai pembangun aplikasi.


Perbualan terakhir mereka adalah pada minggu lalu di mana Jack berkata dia lebih gembira jika diberi tawaran internship berbanding wang tetapi mesej tersebut masih belum dibaca Elon Musk.


Namun, Jack berkata dia tidak ambil pusing, "Saya rasa beliau sedang bercuti di Hawaii kalau kita semak di @ElonJet sekarang."


KEMASKINI: Elon Musk telah menyekat Jack di Twitter. Baca lanjut di SINI.

Sumber: Protocol

Baca juga: