Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TNG eWallet Sudah Kembali Ke App Store, Tiada Lagi Sokongan Face ID

Posted on Mei 11, 2022Mei 12, 2022

Touch ‘n Go Malaysia beberapa hari lalu baru sahaja menjawab persoalan pengguna berkenaan status ketersediaan aplikasi TNG eWallet di App Store.

Hari ini, pengguna boleh mendapati aplikasi Touch ‘n Go eWallet sudah tersedia semula di gudang aplikasi App Store. Tiada sebarang kemas kini dilepaskan setakat tinjauan kami.

Terdahulu, antara spekulasi dilontarkan pengguna adalah ia mungkin disebabkan fungsi NFC yang kini diberi perhatian oleh Suruhanjaya Eropah dan ciri pinjaman hutang GOPinjam yang dikatakan menyalahi peraturan App Store.

Namun, Touch ‘n Go hingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang pengesahan tentang punca aplikasi itu ‘hilang’ daripada App Store buat sementara waktu.

Memandangkan tiada kemas kini kami terima, ciri GOPinjam juga masih tersedia dalam aplikasi TNG eWallet ini.

Bukan itu sahaja, kami juga dapati tiada sebarang perubahan tersedia dalam aplikasi ini.

KEMAS KINI: TNG eWallet sudah mendapat kemas kini namun antara perubahan yang dikesan setakat ini ialah ketiadaan sokongan Face ID sebagai ciri keselamatan. Namun, ia dijangka akan hadir semula kelak. Ciri GOPinjam bagaimanapun terus tersedia.

Baca juga:

  • Touch ‘n Go Beri Respons Berkaitan TNG eWallet ‘Hilang’ Daripada App Store
  • Asalnya RM10, TNG NFC Mula Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal
  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress