Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga tng nfc

Asalnya RM10, TNG NFC Mula Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Diterbitkan April 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan pelancaran kad Touch ‘n Go (TNG) NFC baru-baru ini, didapati ada peniaga dalam talian yang mula menjual kad ini dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal.

Dijual di platform e-dagang seperti Shopee, harga yang diletakkan oleh peniaga-peniaga ini dalam lingkungan RM15 sehingga RM90.

Menurut laporan oleh The Star, ada seorang peniaga menjual kad TNG NFC pada harga RM90 dan melabelkan kad tersebut sebagai “hot seller”.

Manakala ada yang menawarkan sekeping kad dalam “sealed packaging” pada harga RM69.

Ada juga yang menjual pada harga RM65 termasuk baucar penghantaran percuma dan 10% cashback.

Walhal, harga runcit TNG NFC yang dijual oleh Touch ‘n Go sendiri hanyalah dengan harga RM10 sahaja.

Disebabkan dalam masa beberapa jam sahaja kad tersebut habis terjual dalam aplikasi TNG eWallet, banyak pihak yang mula mengambil peluang untuk mengaut keuntungan.

Pihak TNG berkata pengguna akan dimaklumkan apabila kad TNG NFC kembali tersedia untuk pembelian.

Sumber: The Star

Baca juga:

  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Akhirnya, Kad TNG NFC Mula Dijual Dan Berfungsi Sepenuhnya Secara Rasmi
  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY