Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet

Touch ‘n Go Beri Respons Berkaitan TNG eWallet ‘Hilang’ Daripada App Store

Posted on Mei 10, 2022Mei 10, 2022

Aplikasi TNG eWallet didapati sudah tidak tersedia lagi di gudang aplikasi Apple, App Store sejak beberapa minggu lalu, lapor pengguna.

Ini perkara yang agak mengejutkan memandangkan Touch ‘n Go bukanlah nama kecil dan aplikasi eWallet itu sudah menjadi sebahagian besar transaksi pengguna dan peniaga. Malah, tambah nilai RFID juga hanya boleh dijalankan melaluinya.

Kami telah menyantuni pihak Touch ‘n Go Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka untuk mendapatkan maklum balas.

Touch ‘n Go mengesahkan bahawa aplikasi TNG eWallet tidak tersedia App Store buat waktu ini namun pihak mereka sedang berbincang dengan Apple tentang situasi tersebut.

Pengguna iOS yang sudah memasang TNG eWallet dalam peranti mereka bagaimanapun tidak terkesan dan boleh menggunakannya seperti biasa tanpa isu.

tng ewallet hilang app store

Jelas Touch ‘n Go lagi, aplikasi tersebut terus tersedia di Google Play Store dan Huawei AppGallery dan akan kembali ke App Store secepat mungkin.

Antara dakwaan dilontarkan ialah berkenaan ciri NFC yang mana Suruhanjaya Eropah menuduh Apple mendominasi pasaran kerana tidak membenarkan aplikasi pembayaran selain Apple Pay untuk menggunakan fungsi NFC.

Selain itu, ada juga mengatakan TNG eWallet ditarik semula kerana ciri GoPinjam yang menyalahi peraturan ditetapkan di App Store.

Baca juga:

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress