Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Tonton Pelbagai Saluran TV/Radio Tempatan Dari Telefon Pintar Dan TV Android Rumah Anda

Posted on Januari 21, 2026Januari 21, 2026

Terdapat pelbagai cara yang membolehkan anda menonton siaran TV atau mendengar siaran radio tempatan secara percuma dari telefon pintar dan televisyen rumah anda.

Salah satu cara paling mudah adalah dengan memasang aplikasi ke dalam peranti dan aplikasi yang popular digunakan adalah aplikasi TV Malaysia.

Malah aplikasi ini yang baru dilancarkan pada 3 Mac 2025 lepas telah dimuat turun lebih 100 ribu kali, sekali gus meletakkannya berada dalam 10 aplikasi teratas bagi kategori aplikasi hiburan percuma.

Aplikasi TV Malaysia yang dibangunkan AlifTech boleh dipasang secara percuma di telefon pintar dan TV Android.

 

Antara ciri utama aplikasi ini termasuklah akses kepada hampir semua pilihan saluan TV dan radio tempatan, paparan rancangan semasa, kecilkan skrin paparan untuk tontonan bertindih dengan alikasi lain serta tetapan kualiti skrin sehingga HD.

Walau bagaimanapun,  had tontonan TV dan siaran radio di aplikasi ini ditetapkan selama 12 jam sahaja. Untuk tontonan lebih lama dan membuka akses taraf tontonan HD, anda perlu menonton iklan selama 4 jam.

Selain itu, jika anda perasan, bebarapa saluran TV perdana seperti TV3, TV9 dan radio HOT FM yang semuanya di bawah pengurusan Media Prima tiada ditawarkan dalam aplikasi ini. Menjawab ketiadaan itu, pembangun ada memberikan alasannya.

Jadi, jika anda sudah mencubanya, sila beri pendapat anda di ruang komen tentang aplikasi TV Malaysia ini.

{suggest]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress