Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-31T141834.260

TikTok Uji Ciri Beli Barangan Berdasarkan Objek Yang Dipapar Dalam Video

Diterbitkan Januari 31, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan maklumat daripada TechCrunch, TikTok kini sedang menguji satu ciri baharu di mana paparan video penggunanya dapat dialihkan ke paparan pasaran TikTok Shop.

Hal ini mula diperkatakan oleh pihak TikTok atas sebab ingin menjadikan TikTok Shop sebagai platform e-dagang paling terkemuka di Amerika Syarikat.

Sebagai ringkasannya, ciri ini akan berfungsi secara automatik dalam mengesan barangan yang ditayangkan sepanjang sesuatu video TikTok itu dimainkan serta menyediakan pautan barangan yang lebih kurang sama dalam TikTok Shop.

Sehubungan dengan itu, ciri ini juga dikatakan masih berada dalam fasa pembangunan dan pelancarannya masih lagi belum ditetapkan apatah lagi ketersediaannya secara global.

TikTok juga kini merancang untuk membina satu pusat khas di Los Angeles bagi pencipta kandungan melakukan strim secara langsung dan penjualan produk mereka di sana.

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Pad Neo - Tablet Biasa Sahaja Tapi Ada Slot Kad SIM
  • Samsung Galaxy AI Dijangka Masuk Fasa Langganan Pada Tahun 2026
  • Malaysia Negara Ke-8 Paling Banyak Alami Kebocoran Data Setakat Suku Ke-3 2023
  • Ciri 'Chat Lock' Akan Tersedia Di WhatsApp Web

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY