Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-31T093107.937

Samsung Galaxy AI Dijangka Masuk Fasa Langganan Pada Tahun 2026

Diterbitkan Januari 31, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas pelancaran siri Samsung Galaxy S24 yang hadir dengan teknologi kecerdasan buatan iaitu Galaxy AI pada awal bulan Januari yang lepas, presiden Samsung, TM Roh (Roh Tae-moon) kini telah membuat kenyataan yang agak mengejutkan bagi para peminat peranti Samsung.

Berdasarkan laporan daripada pihak ET Telecom berkenaan dengan penglibatan Samsung dalam pembuatan komputer riba mereka di India yang akan bermula pada tahun ini, TM Roh juga menekankan bahawa ciri Galaxy AI ini hanya akan tersedia secara percuma untuk masa yang terhad atau lebih tepat lagi, sehingga hujung tahun 2025.

Hal ini kerana beliau beranggapan akan ada pihak yang berpuas hati terhadap teknologi ini dan ingin menawarkan peluang supaya ia boleh berkembang sekali gus menampilkan kebolehan yang lebih lagi bagi sesuatu teknologi kecerdasan buatan.

Sehubungan dengan itu, Samsung kini sedang menuju ke arah pelancaran ciri Galaxy AI untuk 100 juta peranti Samsung pada tahun ini.

Namun begitu, keputusan untuk mempertingkatkan kebolehan Galaxy AI ini akan dipertimbangkan sesama mereka dan akan menyusul dengan pemberitahuan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Pad Neo - Tablet Biasa Sahaja Tapi Ada Slot Kad SIM
  • Kuo: Rekaan iPhone 16 Mungkin Tidak Banyak Berubah
  • Infinix SMART 8 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399
  • Tonton Stesen Angkasa Lepas Diletupkan Pada Skala Sebenar

Sumber: ET Telecom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY