TikTok merupakan sebuah aplikasi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Terdapat pengguna TikTok yang menggunakan aplikasi tersebut untuk menyimpan video kenangan, berkongsi ilmu dan ada juga yang menggunakannya untuk menjual barangan.
Dahulu, penjual di Tiktok perlu meletakkan link WhatsApp, Shopee atau Telegram di profil untuk menghubungkan pelanggan dengan mereka tetapi kini, tidak lagi.
Hal ini dikatakan demikian kerana, TikTok sudah mempunyai ciri baharu yang mampu memudahkan penjual bagi mempromosikan barangan mereka di aplikasi tersebut. Pengguna TikTok boleh mendaftar sebagai penjual melalui laman web TikTok Shop untuk memperoleh fungsi dan faedah sebagai penjual di TikTok.
Bagi pelanggan pula, anda boleh terus pergi ke profil penjual dan klik pada ikon ‘shop‘ yang mempunyai gambar seperti beg tangan untuk melihat semua barangan disenaraikan oleh penjual berserta dengan harga.
Selepas itu, anda boleh pilih barang yang ingin dibeli dan add to chart sebelum membuat pembayaran. Fungsi pembelian di TikTok ini lebih kurang sama seperti di Shopee. Jadi, kalau anda pernah membeli barang di Shopee, tiada masalah untuk anda membeli barang di TikTok Shop.
Penghantaran barang yang dibeli boleh ditentukan oleh penjual sama ada mahu membuat penghantaran melalui ‘Ship by TikTok‘, ‘Ship by Seller‘ atau ‘Cash on Delivery‘.
Penjual dan pelanggan bakal mendapat manfaat yang sama kerana semua proses pembelian dan pembayaran boleh dilakukan sekaligus di TikTok Shop. Jadi, selepas ini, sudah tentu pelanggan tidak mempunyai masalah lagi untuk beli barang daripada ‘racun TikTok’.
Sumber : TikTok
Baca juga :