Tahukah anda setiap kali anda kongsikan pautan video TikTok, akaun anda akan dipaparkan pada video tersebut? Tak tahu? Lemah.
Bukan itu sahaja, malah jika anda membuka pautan yang dihantar oleh mereka pada anda juga, akaun anda turut sama terdedah, tak kisahlah akaun ditetapkan pada umum atau peribadi.
Untuk pengetahuan, ia sememangnya ditetapkan secara lalai (default), jadi mungkin ada video cringe anda telah ditonton kenalan dalam diam. Tapi, lupakanlah perkara silam kerana pada akhir zaman ini, semua orang ada video cringe di TikTok mereka, sekadar cuba-cuba.
Kata pepatah moden, “I am cringe but I am free.” Falsafah ini sesuai benar diamalkan waktu-waktu begini demi kesejahteraan mental yang mapan.
Jadi, inilah cara mematikan fungsi perkongsian akaun setiap kali video TikTok dikongsi:
Buka TikTok dan masuk ke ‘Settings and privacy‘ atau ‘Keselamatan dan privasi’.
Pilih ‘Privacy‘ atau ‘Privasi’.
Pilih ‘Suggest your account to others‘ atau ‘Syorkan akaun anda kepada orang lain’.
MatikanĀ ‘People who open or send links to you‘ atau ‘Orang yang membuka atau menghantar pautan pada anda’.
Untuk lebih privasi, matikan saja kesemua ciri tersebut.
Dengan ini, profil anda tidak akan didedahkan lagi apabila rakan membuka pautan video dikongsi anda mahupun membuka video yang dihantar pada anda.
Jika anda mahukan lebih petua berkenaan gadget atau media sosial, tinggalkan di ruangan komen.
Baca juga: