Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok

Penuh Dengan Komen Toksik Jadi TikTok Uji Jalan Penyelesaian Ini

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh Nadiah Ab

TikTok dilaporkan sedang menguji ciri butang “dislike” pada komen supaya pengguna mempunyai lebih kawalan terhadap apa yang dilihat dalam aplikasi itu.

Syarikat itu mendedahkan ujian ini melalui catatan blog tentang laporan penguatkuasaan garis panduan komuniti yang terbaharu, yang menjejaki cara mereka menguatkuasakan dasar keselamatannya.

Buat masa ini, platform itu masih belum memberikan butiran terperinci tentang bagaimana ciri itu akan berfungsi.

Dalam pada itu juga, ada pengguna yang kelihatannya menjadi sebahagian daripada eksperimen tersebut telah berkongsi tangkap layar di Twitter berkenaan ciri ini.

Tiktok dislike comment button just make it looks messy I think pic.twitter.com/bBNEk6QsXY

— Yasmin (@yaspip) March 14, 2022

Jika dilihat dari tangkap layar di atas, terdapat ikon “thumbs down” di sebelah pilihan heart dalam bahagian komen video.

Syarikat itu telah menyatakan bahawa pengguna tidak akan mengetahui sama ada komen mereka telah tidak disukai.

Mereka turut menyatakan mereka sedang menguji penghantaran peringatan tentang ciri seperti penapisan komen dan sekatan pukal serta padam untuk pengguna yang menerima jumlah komen negatif yang tinggi.

Dalam laporan itu juga, dinyatakan lebih 85 juta video telah dibuang antara bulan Oktober hingga Disember 2021 atas sebab pelanggaran peraturan.

Sumber: Siaran Berita TikTok

Baca juga:

  • TikTok Dedah Akaun Anda Setiap Kali Kongsi Video? Ini Cara Sembunyikannya
  • Persaingan Sihat Atau Intipan? Facebook Sertai Pesaing TikTok
  • Cara Buat ‘Stories’ Di TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY