TikTok Kini Bagi Tahu Siapa Yang 'Stalk' Profil Anda

Aplikasi TikTok amat popular kepada masyarakat sejak pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia. Banyak ciri-ciri baharu yang telah dibangunkan oleh TikTok untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Baru-baru ini, satu ciri baharu telah dikenal pasti berada di TikTok iaitu ciri untuk mengesan orang yang 'stalk' atau lihat akaun anda.

Ciri tersebut dikatakan boleh mengesan sesiapa sahaja yang melihat akaun anda sama ada ia merupakan pengikut akaun anda atau tidak. Anda boleh melihat ciri baharu ini pada lambang mata yang terdapat pada bahagian atas, kanan akaun utama anda.



Melalui ciri itu, TikTok memaklumkan bahawa anda boleh melihat orang yang melihat profil anda dalam masa 30 hari dan orang yang menghidupkan fungsi ini sahaja yang dapat menerima dan memberi notifikasi kepada akaun yang dilihatnya. Anda juga harus menghidupkan fungsi ini dengan klik 'Turn on' untuk melihat profile views anda.



Selepas menghidupkan fungsi ini, anda boleh mula menggunakannya. Tapi ada juga cara untuk anda menyembunyikan diri daripada dikesan akaun TikTok yang dilihat itu. Caranya adalah dengan mematikan terlebih dahulu ciri tersebut sebelum mula 'stalk' akaun yang ingin dilihat tersebut. Oleh itu, anda tidak akan dapat dikesan oleh akaun tersebut.

Sumber : TikTok

Baca juga :