Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy A41

Samsung Galaxy A41 Dilancarkan – 6.1″ AMOLED, Helio P65, IP68, Dan Bateri 3500mAh

Diterbitkan Mac 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini di Jepun, Samsung telah melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan iaitu Galaxy A41. Ia menawarkan beberapa penambahbaikan spesifikasi berbanding model Galaxy A40 sebelumnya.

Pada Galaxy A41, peranti dimuatkan dengan paparan 6.1 inci FullHD+ Super AMOLED yang turut sama memuatkan takuk Infinity-U denganĀ  lensa swafoto 25MP. Nisbah paparan ialah 20:9 serta mempunyai peratus skrin-ke-badan sebanyak 89%.Samsung Galaxy A41

Bahagian kamera dilengkapi dengan 3 lensa iaitu 48MP utama + 8MP sudut lebar + 5MP depth. Berlainan dengan rekaan modul berbentuk petak seperti A51, Galaxy A41 menggunakan modul berbentuk bujur menegak.

Di dalamnya, ia menggunakan cip MediaTek Heli0 P65 yang juga dipadankan dengan 4GB RAM serta storan dalaman 64GB. Bateri peranti berkapasiti 3,500mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 15W. Menariknya peranti turut dilengkapi dengan piawaian kalis perlindungan IP68.Samsung Galaxy A41

Samsung Galaxy A41 tersedia dalam 3 pilihan warna biru, putih, dan hitam. Buat masa ini, harga belum lagi diumumkan dan hanya dijual di Jepun sahaja bermula Jun 2020.

Sumber: Samsung

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY