Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone (2) mkbhd 8

Akhirnya, Tubuh Sebenar Nothing Phone (2) Ditayangkan

Diterbitkan Julai 4, 2023 · Dikemas kini Julai 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Akhirnya, tubuh sebenar Nothing Phone (2) didedahkan secara eksklusif dalam video terbaru oleh MKBHD.

Tiga perkara baharu yang menarik perhatian saya ialah panel belakangnya yang sedikit melengkung, warna kelabu dan jalur Glyph yang semakin bertambah fungsinya.

Jalur Glyph putus-putus

nothing phone (2) mkbhd 8

Kali ini, jalur Glyph di belakang hadir dengan rekaan putus-putus.

Kalau Phone (1) ada 5 jalur, Phone (2) ada sehingga 11 jalur walaupun rekaan dan tempatnya sama.

nothing phone (2) mkbhd 5

Kemudian, Phone (1) hadir dengan 12 kawasan lampu LED tetapi Phone (2) pula sebanyak 33 zon.

nothing phone (2) mkbhd 12

Ada satu jalur di mana ia dilengkapi 16 zon yang mana bermaksud pergerakan cahaya pada jalur tersebut kelak akan lebih halus atau terperinci.

Glyph yang lebih banyak fungsi

Hal ini kerana Glyph kali ini turut berfungsi sebagai progress indicator.

nothing phone (2) mkbhd 7

Salah-satunya adalah pelarasan kelantangan (volume). Ya, anda naik atau turunkan volume, Glyph di belakang turut menyala mengikut tahap kelantangan.

nothing phone (2) mkbhd 2

Bukan itu saja, malah lampu itu juga berfungsi dengan pemasa atau timer. Misalnya, anda tetapkan 15 saat, maka anda akan lihat lampu tersebut akan ‘bergerak’ sehingga tamat tempoh tersebut dan padam sepenuhnya.

nothing phone (2) mkbhd 4

Selain itu, sebuah jalur di atas kanan itu boleh ditetapkan untuk terus menyala jika anda terima notifikasi daripada aplikasi yang mahu.

nothing phone (2) mkbhd 1

Setakat ini, Uber dan Zomato sudah mendaftar untuk integrasikannya dengan aplikasi mereka. Jadi, akan ada lagi pembangun yang mungin turut serta selepas ini.

Glyph Composer

nothing phone (2) mkbhd 9

Ciri ini sudah dikongsi Nothing di Instagram minggu lalu dan secara langsung memberitahu kolaborasinya dengan Swedish House Mafia.

Menerusnya ciri ini, anda boleh cipta nada dering sendiri dengan bunyi-bunyian elektronik. Ia agak terhad tetapi cukup baik sebagai permulaan.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Dilengkapi Skrin Lebih Besar Daripada Phone (1), 3 Versi Android
  • Harga Nothing Phone (2) Didakwa Tertiris
  • Carl Pei Kongsi Tangkap Layar Yang Dipercayai Daripada Nothing Phone (2)
  • Nothing Umum Glyph Composer, Siap Ada 'Sound Pack' Daripada Swedish House Mafia
  • Semak Status Halal Kedai Dan Produk Melalui Verify Halal

Pelancaran

Phone (2) akan rasmi pada 11 Julai 2023, tak lama lagi.

Kita tunggu apa lagi spesifikasi lebih lanjut yang lebih penting, harganya di Malaysia kelak.

Sumber: MKBHD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY