Tidak Perlu Lagi Keluarkan Kad, Boleh Bayar Pakai Tangan Lepas Implan Cip NFC

Bayangkan, anda hendak membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) di kaunter. Anda lihat orang lain perlu mengeluarkan kad debit atau kredit untuk diimbas pada terminal kad. Tetapi anda hanya perlu sentuhkan tangan anda sahaja pada terminal tersebut untuk membuat pembayaran.

Orang lain yang melihatnya terkejut dan kagum. Sebegitu mudah untuk lakukan transaksi tanpa mengeluarkan kad debit atau kredit anda.



Walletmor, sebuah syarikat Inggeris-Poland, perintis dalam membuat cip pembayaran implan menjadikan perkara ini sesuatu yang tidak mustahil. Menurut CEO Walletmor, Wojtek Paprota implan ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran dimana sahaja asalkan tempat tersebut menerima pembayaran tanpa tunai.

Syarikat tersebut juga ada berkongsi beberapa foto dan video mengenai teknologi ini dan bagaimana ia diimplankan. Bagi yang berminat, mereka akan diberikan ubat pelali sebelum cip tersebut dimasukkan ke dalam tangan.



Patrick Paumen, seorang pengguna cip implan ini berkongsi pengalaman beliau dengan BBC, memberitahu setiap kali beliau dapat melihatĀ  pelbagai reaksi daripada juru wang setiap kali membuat pembayaran.

Beliau sudah menanam cip ini sejak tahun 2019 lagi. "Ketika prosedur implan dilakukan, ia rasa seperti sedang dicubit sahaja" kata beliau.

Menurut CEO Walletmor juga, cip ini sememangnya selamat dan mempunyai semua kelulusan kawal selia. Melihat pada struktur cip pula, mempunyai 3 bahan yang dimuatkan iaitu cip NFC, antena NFC dan biopolimer. Ia juga mempunyai saiz yang besar sedikit daripada sebutir beras dengan berat kurang 1 gram.



Jangka hayat cip ini juga bergantung pada kawasan. Jika di Eropah, ia bertahan selama 8 tahun manakala di Amerika Syarikat pula selama 3 tahun.

Sumber: BBC

Baca juga: