POCO F4 GT Akan Dilancar Hujung Bulan Ini, Harga Mungkin Tak Macam Dulu

Berdasarkan satu poster yang dikeluarkan oleh POCO, syarikat tersebut akan melancarkan POCO F4 GT pada 26 April ini jam 8 malam. Acara itu akan berlangsung secara atas talian di beberapa platform seperti Facebook, YouTube dan Twitter POCO.

Seperti yang dijangka, peranti ini adalah penjenamaan semula daripada model Redmi K50 Gaming Edition. Sebelum ini juga, peranti ini telah muncul di senarai GeekBench dengan nombor model Xiaomi 21121210G.



Daripada maklumat tersebut, kita dapat melihat yang peranti ini dijana dengan cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1, mempunyai 12GB RAM dan menjalankan MIUI 13 berdasarkan Android 12. Ujian GeekBench menunjukkan skor 1243 (teras tunggal) dan 3726 (multiteras).

Pada bahagian skrin, POCO F4 GT ini akan menggunakan skrin berukuran 6.67 inci jenis OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan 480Hz kadar input sentuh. Skrin ini juga mempunyai penarafan DisplayMate A+ dan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.



Beralih pada bahagian kamera pula, peranti ini mengguna 3 sistem kamera iaitu 64MP IMX686 lensa utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro. Lensa swafoto pula menggunakan lensa 20MP IMX596. Pada lensa kamera belakang ini juga terdapat pencahayaan LED yang menyala jika mempunyai notifikasi.

Bateri yang dimuatkan pada peranti ini berkapasiti 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Ciri-ciri dan fungsi lain yang disertakan adalah butang bahu magnetik4 unit pembesar suara ditala oleh JBL, 3 game microphone, inframerah Pro dan NFC.

Kapsyen: Redmi K50 edisi khas Mercedes-AMG Petronas F1


Disebabkan peranti ini adalah penjenamaan semula Redmi K50 Gaming Edition berkemungkinan POCO F4 GT ini dijual dengan harga bermula RM2299.

Sumber: GSMArena

Baca juga: