Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Call

Tiada Siapa Tertinggal, Lepas Ini WhatsApp Mudahkan ‘Join’ Panggilan Berkumpulan

Diterbitkan Mac 2, 2022 · Dikemas kini Mac 2, 2022 oleh Amsyar Latif

Pernahkah anda ditinggalkan rakan-rakan kerana mereka sedang membuat panggilan beramai-ramai di WhatsApp? Jangan berduka, selepas ini mungkin tidak lagi.

Ini kerana WABetaInfo melaporkan bahawa WhatsApp sedang merancang untuk menambah fungsi baharu yang dipanggil ‘Call link’.

Ciri tersebut mirip yang kita gunakan di Messenger, Teams, Google Meet, Zoom dan sebagainya di mana satu pautan (link) dicipta serta boleh dikongsikan.

Tiada Siapa Tertinggal, Lepas Ini WhatsApp Mudahkan ‘Join’ Panggilan Berkumpulan

Maka, mana-mana individu boleh menyertai panggilan yang sedang berjalan. Umpama anda masuk ke kelas lewat biarpun pensyarah sedang mengajar.

Namun, individu yang menekan pautan tersebut wajib memiliki akaun WhatsApp memandangkan panggilan tersebut mempunyai penyulitan hujung-ke-hujung.

Buat masa sekarang, fungsi ini masih lagi dalam pembangunan dan belum diketahui bilakah ia ditawarkan kepada pengguna. Tambahan lagi, tiada kepastian berapakah jumlah peserta yang boleh menyertai panggilan itu.

Sumber: WABetaInfo

Foto Utama: techticker

Baca juga:

  • Bahasa Melayu Pun Ada, Instagram Hadir Dengan Ciri “Auto-Captions” Pada Video

  • Thailand Kuat Kuasa Pembayaran Tol Guna Nombor Plat, Ujian Rintis Hanya Sebulan

  • Cari Kad Grafik Baru? Tunggu Dulu, Harga Pasaran Sedang Menurun

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY