Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bahasa Melayu Pun Ada, Instagram Hadir Dengan Ciri “Auto-Captions” Pada Video

Posted on Mac 2, 2022

Setelah diperkenalkan oleh Twitter dan TikTok tahun lalu, kini Instagram pula hadir dengan ciri “auto-generated captions”. Melalui ciri ini, ia membolehkan kapsyen dihasilkan secara automatik berdasarkan audio daripada video pengguna.

Syarikat milik Meta itu berkata langkah ini akan menjadikan aplikasi tersebut lebih mudah diakses oleh pengguna yang ada masalah kurang pendengaran, serta memberi manfaat kepada pengguna yang lebih suka menonton video tanpa bunyi.

Instagram auto-captions
Sumber: Instagram

Instagram turut menyatakan bahawa apabila lebih ramai pengguna menggunakan kapsyen, kualiti teknologi kecerdasan buatan (AI) akan bertambah baik.

Pada peringkat awal, ciri ini kini tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis, Arab, Vietnam, Itali, Jerman, Turki, Rusia, Thai, Tagalog, Urdu, Melayu, Hindi, Indonesia, dan Jepun.

Instagram berkata ia sedang berusaha untuk melancarkan “auto-captions” dalam lebih banyak bahasa lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Selain ciri “auto-captions”, Instagram juga bakal menamatkan IGTV sebagai aplikasi yang berdiri sendiri dan iklan IGTV, untuk lebih memfokuskan kepada video yang lebih pendek melalui Reels.

Sumber: Instagram

Baca juga:

  • Cara Sembunyikan Akaun Instagram Anda Daripada “Suggested For You”, Elak Diikuti Orang Tidak Diingini
  • Sebab Utama Kenapa Aplikasi Instagram Yang Khusus Untuk iPad Tak Wujud Lagi
  • Lagi Syok, Pengguna Tempatan Mula Terima Ciri Instagram Stories 60 Saat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress