The International 7 Bakal Menjanjikan Aksi Terbaik Dari Pasukan-Pasukan Handalan Dunia

Tirai The International 7 (TI7) bakal membuka tirainya pada 7 Ogos ini di Seattle, Amerika Syarikat.

Setakat ini terdapat 6 pasukan dari pelbagai rantau telah mendapat jemputan terus ke TI 7.

Antaranya ialah:

Kapsyen:                                  OG


 

 

Kapsyen:                              Virtus.pro


 

Kapsyen:                          Evil Geniuses


 

Kapsyen:                          Team Liquid


 

Kapsyen:                     Invictus Gaming


 

Kapsyen:                  Newbee


 

TI 7 juga merupakan TI pertama dimana juara bertahan tahun sebelum ini tidak dijemput terus ke kejohanan bagi mempertahankan kejohanan.

Ini kerana pasukan asal Wings Gaming telah pun berpecah dan menubuhkan pasukan Team Random.

Walaubagaimana pun pasukan baru itu tidak bertahan lama setelah 3 dari 5 pemain tersebut telah menyertai pasukan lain setelah mereka kalah di tangan OG di Kiev Major dan menduduki tempat 9-16.

TI merupakan kejohanan e-sukan yang menawarkan wang kejohanan yang tertinggi dalam sejarah dimana TI 6 yang lepas telah menawarkan sebanyak RM 86 Juta secara keseluruhan.

Angka itu bakal meningkat untuk edisi 2017 dan pastinya memberikan motivasi tinggi kepada pemain-pemain untuk memenanginya.

Namun sumpahan juara The International masih menghantui bekas juara yang lepas dan mungkin akan berkubur begitu sahaja selepas itu.

Aksi kelayakan setiap rantau sedang berjalan ketika ini dan pastikan anda mendapat liputan terkini di sini.