Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satu Perlawanan Dota Memakan Masa Lebih 5 Jam

Satu Perlawanan Dota Memakan Masa Lebih 5 Jam

Diterbitkan April 8, 2017 oleh Wiser MY

Ini mungkin akan mencatat sejarah untuk perlawanan paling lama pernah dimain oleh pemain dota 2.

Perlawanan yang berlaku di rantau Eropah Barat itu mengambil masa sehingga 5 jam sebelum kemenangan dicapai.

Dengan tiada pilihan untuk menyerah kalah tidak seperti permainan Heroes Of Newerth, pemain dipaksa bertarung selama 5 jam dalam aksi yang hebat untuk kedua-dua pasukan.

Seperti komen yang terdapat di Reddit, perlawanan itu mengandungi elemen-elemen yang membolehkan permainan ini menjangkau purata masa permainan biasa.

Dua ‘hero’ seperti Techies dan Sniper merupakan hero yang boleh bermain secara defensif dengan baik.

Pasukan radiant merangkumi Sniper, Enchantress, Oracle, Monkey King dan juga Invoker dan pasukan dire menampilkan Tinker, Techies, Legion Commander, Nyx Assasin dan juga Lion.

Legion Commander dan Lion dari dire menampilkan aksi serangan yang berani dan kreatif dengan Techies memastikan pasukan lawan sukar untuk menolak pasukan mereka ke pengkalan musuh.

Pasukan dire pula kehilangan pemain Tinker mereka selepas perlawanan masuk 3 jam kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

jmfeb0q31afnhgmrtkis

Gambar diatas pula menunjukkan senarai ‘ward’ yang dibeli menunjukkan dedikasi pemain sokongan yang tidak habis-habis untuk memusnahkan perangkap Techies.

Mata akhir perlawanan boleh dilihat di bawah dengan pasukan dire menang dengan Legion Commander masuk melalui pintu belakang dan memusnahkan Ancient.

Capture

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY