Perang Rusia-Ukraine, Syarikat Pengeluar Cip Termasuk Malaysia Tidak Terkesan Buat Masa Ini

Hari ini menandakan hampir seminggu Rusia telah menyerang Ukraine melalui darat, air dan udara. Negara bekas jajahan Rusia ini nampak tidak seolah-oleh bermaya dalam melawan kuasa besar itu. Namun, 'perang' yang jelas berat sebelah ini pastinya memberikan kesan pada segenap aspek termasuklah teknologi.

Tahukah anda, Rusia dan Ukraine mempunyai bahan mentah yang penting untuk pembuatan cip seperti neon dan paladium?

Ukraine membekalkan lebih 90% neon ke Amerika Syarikat (AS) untuk laser yang digunakan dalam membuat cip. Gas neon ini sebenarnya hasil daripada industri keluli di Rusia namun diproses di Ukraine. Rusia pula membekalkan 35% iaitu paladium ke AS yang digunakan untuk sensor dan lain-lain.

Data daripada TrendForce menunjukkan Ukraine membekalkan hampir 70% gas neon untuk digunakan dalam sektor pengeluaran cip.

Namun, khabar baiknya ialah pengeluar-pengeluar cip di seluruh dunia berkata mereka tidak akan terjejas dengan perang dua negara ini kerana mempunyai sumber lain yang pelbagai di merata tempat di seluruh dunia.

Namun, TrendForce pula mengatakan walaupun ia tidak memberi kesan jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa panjang, harga cip mungkin meningkat kerana kekurangan bekalan gas neon.

Kali terakhir Rusia menyerang Ukraine pada 2014, harga neon meningkat sehingga 600%, menurut Omdia, sebuah syarikat penganalisis.

"Pengeluar cip tidak berasa kesan secara langsung tetapi syarikat yang membekalkan mereka bahan seperti neon, paladium dari Rusia dan Ukraine akan terkesan. Ketersediaan bahan-bahan ini memang terhad sejak dulu lagi, ditambah pula tekanan seperti sekarang, harga cip mungkin akan melambung," kata wakil industri dari Jepun yang diminta identitinya disembunyikan.

Berkenaan situasi ini, Micron berkata berkata telah mempelbagaikan sumber untuk bekalan.

Pembuat cip dari Korea, SK Hynix pula memberitahu wartawan mereka tidak perlu risau kerana juga telah mempunyai bekalan bahan yang banyak.

Intel berkata mereka tidak mengjangkakan apa-apa kesan tapi juga sedang berkira-kira untuk sumber neon.

TSMC pula tidak memberi sebarang komen namun menurut Kementerian Ekonomi Taiwan, mereka telah menyemak rantaian bekalan semikonduktor dan temui perang Rusia-Ukraine tidak memberi kesan langsung pada bahan dan pengeluaran cip di sana.

Taiwan juga mengumumkan mereka menyertai negara lain dalam mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Unisem, syarikat pengeluar cip dari Malaysia yang juga membekal untuk Apple turut mengunjurkan mereka tidak terkesan pada pengeluaran mereka kerana bahan yang digunakan tidak diperolehi dari Rusia.

Sumber: Reuters

Gambar utama: Reuters

Baca juga: