Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Thailand Bina Prototaip Kereta Api ‘Super’ Mewah, Siap Dengan Pelayan Robot

Thailand Bina Prototaip Kereta Api ‘Super’ Mewah, Siap Dengan Pelayan Robot

Diterbitkan Ogos 2, 2023 · Dikemas kini Ogos 2, 2023 oleh ariff bukhari

Institut Teknologi Raja Mongkut Ladkrabang telah melancarkan prototaip kereta api penumpang paling mewah di Asean.

Projek pembinaan keretapi itu adalah hasil kolaborasi dengan Sinogen-Pinpetch dan Kereta Api Negeri Thailand (SRT) dengan pembiayaan daripada unit pengurusan program untuk daya saing (PMUC) serta Pejabat Majlis Dasar Penyelidikan dan Inovasi Sains Pengajian Tinggi Negara tersebut.

Pasukan itu mereka bentuk keseluruhan kereta api itu yang diilhamkan daripada tempat duduk kelas perniagaan pesawat penumpang dan kereta api berkelajuan tinggi.

Prototaip keretapi itu mempunyai sebanyak 25 tempat duduk, termasuk lapan tempat duduk super mewah dan 17 tempat duduk mewah.

Setiap tempat duduk mempunyai skrin hiburan peribadi dan pelayan robot untuk perkhidmatan makanan. Tidak lupa juga, kereta api itu lengkap dengan kemudahan untuk penumpang kurang upaya.

Selain mewah, berat kereta api juga dikurangkan dengan penggunaan konsep modular rangka angkasa membolehkan ia mencapai kelajuan sehingga 120 kilometer sejam.

Kereta api itu akan dihantar ke Kereta Api Negeri Thailand (SRT) pada bulan September 2023 nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Sistem Antaramuka MINI Dinaik Taraf, Lebih Menarik Dan Interaktif
  • Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya

Sumber: The Nation

(Anda ada anak-anak yang meminati keretapi? Jom beli pelbagai jenis model mainan keretapi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY