Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-Hati Dengan Pautan Mesej Dari Servis Penghantaran

Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya

Diterbitkan Ogos 2, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna aplikasi sembang sosial WhatsApp dari telefon pintar Android didapati terkesan dengan serangan penggodam yang bertindak mencuri data mereka.

Serangan pula dibuat menerusi aplikasi palsu yang dikenali sebagai ‘SafeChat‘ bagi menjangkiti peranti dengan perisian hasad intip yang mampu mencuri log panggilan, teks dan lokasi GPS daripada telefon pintar Android.

Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya

Malah perisian hasad intip itu juga disyaki dari varian “Coverlm,” yang mencuri data daripada aplikasi komunikasi lain seperti Telegram, Signal, Viber dan Facebook Messenger.

Kumpulan penggodam yang bertanggungjawab dalam isu ini pula dipercayai dilakukan oleh APT India ‘Bahamut’ menurut penyelidik CYFIRMA.

Pada lewat tahun lepas, ESET melaporkan bahawa kumpulan Bahamut menggunakan aplikasi VPN palsu untuk platform Android yang merangkumi fungsi perisian intip yang meluas.

Dalam kempen terbaru yang diperhatikan oleh CYFIRMA ini pula, Bahamut menyasarkan individu di Asia Selatan.

CYFIRMA dalam laporan mereka menyimpulkan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengaitkan Bahamut bekerja bagi pihak kerajaan negeri tertentu di India.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Digi Perkenal Pelan Prayabar 5G Berharga RM48/Bulan
  • Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata - Polis

Sumber: CYFIRMA

(Beli perisian antivirus yang dipercayai di Shopee dan Lazada bagi melindungi komputer peribadi anda.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY