Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Antaramuka MINI Dinaik Taraf, Lebih Menarik Dan Interaktif

Sistem Antaramuka MINI Dinaik Taraf, Lebih Menarik Dan Interaktif

Diterbitkan Ogos 2, 2023 oleh ariff bukhari

Tidak mahu ketinggalan dalam pembangunan sistem antaramuka dalam kenderaan mereka, BMW Group memaklumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sistem interaksi baharu untuk kereta MINI.

Mengekalkan reka bentuk bulat di bahagian tengah paparan OLED berdiameter 240mm, ia akan menggunakan antaramuka Sistem Operasi MINI 9 yang kaya dengan warna dan bersatu dengan sempurna ke dalam bahagian dalam keluarga model MINI baharu.

Sistem Antaramuka MINI Dinaik Taraf, Lebih Menarik Dan Interaktif

Sistem Operasi MINI 9 merupakan yang pertama dibangunkan secara dalaman oleh BMW Group  berasaskan Projek Sumber Terbuka Android (AOSP).

Antara ciri utama Sistem Operasi MINI 9 adalah ia menggunakan sistem navigasi MINI baharu berasaskan awan yang memaparkan visual 3D, keupayaan sambungan 5G, ciri arahan suara “Hey MINI” dan sokongan kemas kini secara kawalan jauh (over the air).

Sistem Operasi MINI 9 akan dimuatkan dalam semua model baharu MINI yang akan turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto bagi ciri penyambungan tanpa wayar bersama telefon pintar.

Berkaitan

  • Bosch Buka Kilang Semikonduktor Paling Maju Di Asia Bernilai RM1.62 Bilion Di Pulau Pinang
  • Tiada Lagi FPX, Tambah Nilai TNG eWallet Kini Hanya Melalui DuitNow Transfer
  • Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata - Polis

Sumber: BMW Group

(Beli pemain Android atau Apple Car Play untuk kereta anda di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY