Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Supercharger Di Freeport A’Famosa Outlet Melaka Kini Dibuka

Tesla Supercharger Di Freeport A’Famosa Outlet Melaka Kini Dibuka

Diterbitkan November 20, 2023 oleh Amal Addin

Tesla pada 17 November yang lalu secara rasmi mengumumkan stesen ‘Supercharger’ keempatnya di Malaysia yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah, Melaka.

Stesen terbaharu ini menyediakan empat ‘Supercharger’ baharu dan satu ‘Destination Charger’. Penambahan tersebut menjadikan jumlah pengecas Tesla aktif di negara ini secara keseluruhannya adalah 20.

Selain di Melaka, terdapat juga stesen ‘Supercharger’ di Pavilion KL, Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Pyramid. Empat pengecas di Freeport A’Famosa Outlet menawarkan kemampuan pengecasan tertinggi iaitu 250kW.

Tesla mendakwa mampu memberikan jarak sehingga 282km untuk Tesla Model 3 dalam masa 15 minit sahaja. Pengecas ini juga tersedia 24 jam dan caj sebanyak RM1.25/kWj akan dikenakan.

Selain itu, penalti juga akan dikenakan RM4 seminit sekiranya anda gagal mengeluarkan EV setelah baterinya diisi penuh. Stesen ‘Supercharging’ baharu menawarkan sokongan bersepadu untuk kenderaan Tesla serta aplikasi mudah alihnya.

Ia membolehkan pengguna menavigasi dengan lancar, prasyarat bateri kenderaan serta mengakses pengecas tanpa wayar untuk mendapatkan pengalaman yang lancar tanpa sebarang kesukaran.

Ia termasuk juga pemantauan masa nyata untuk ketersediaan ‘Supercharger’, status pengecasan, pembayaran, sokongan teknikal dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, ‘Destination Charger’ yang diberitahu sebelum ini memberikan kadar pengecasan yang lebih perlahan berbanding ‘Supercharger’ yang mana masa pengecasannya akan diambil sekitar 12 jam untuk penuh.

‘Destination Charger’ dikawal sepenuhnya oleh pemilik premis iaitu Freeport A’Famosa Outlet dan bebas digunakan secara percuma (buat masa sekarang).

Berkaitan

  • Turunkan Harga EV Di China, Tesla Terima Bantahan Daripada Pembeli
  • Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia
  • Sebahagian Tesla Model S, X Dan Y Dipanggil Semula Kerana Isu Kamera
  • Model 3 Tiba Di Malaysia, Tempahan Sudah Dibuka Dengan Harga Dari RM189,000
  • Tesla Perlihat Sistem Pemanduan Tanpa Perlu Pegang Stereng

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY