Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Sebahagian Tesla Model S, X Dan Y Dipanggil Semula Kerana Isu Kamera

Diterbitkan Julai 26, 2023 oleh ariff bukhari

Tesla memanggil semula kenderaan Model S, Model X dan Model Y tertentu berikutan isu sudut padang kamera menghadap hadapan yang mungkin tidak sejajar dengan spesifikasi.

Kereta Tesla yang terkesan dengan isu ini adalah Model S yang dibuat antara 24 Januari dan 10 Julai, unit Model X yang dikeluarkan antara 17 Januari dan Julai 2023, serta Model Y yang dikeluarkan antara 27 April dan 13 Julai.

Isu itu boleh menyebabkan ciri keselamatan aktif tidak tersedia tanpa memberi amaran kepada pemandu mengenai ketiadaan ciri tersebut.

Notis pemanggilan semula terhadap kereta-kereta keluaran Tesla itu  diterbitkan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA).

Sistem Tingkap Kuasa Gagal Patuhi Piawaian Keselamatan, Lebih Sejuta Unit Tesla Dipanggil Semula
Model Y
Kemas Kini PUBG Mobile Version 1.5 Akan Bawa Masuk Kereta TESLA
Model S dan X.

Malah NHTSA juga menyatakan, brek kecemasan automatik, amaran perlanggaran hadapan dan bantuan menjaga lorong semuanya tidak berfungsi kerana sudut padang kamera menghadap depan yang salah.

Pemandu pula tidak akan tahu ciri-ciri ini tidak tersedia kerana kereta tidak akan mengeluarkan sebarang amaran kepada pemandu. Oleh itu, ini boleh menyebabkan pemandu bergantung pada ciri yang tidak tersedia yang boleh meningkatkan risiko perlanggaran.

Secara keseluruhan, sejumlah 1,337 kereta keluaran Tesla itu berpotensi terlibat dalam notis panggilan semula dengan 80 peratus daripada unit dianggarkan mengalami kecacatan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Siri Tablet Galaxy Tab S9 Hadir Dengan 3 Model Bermula RM3,699
  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar

Sumber: insideevs.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY