Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Patenkan Perincian Reka Bentuk Tangan Dan Lutut Robot Humanoid Optimus

Tesla Patenkan Perincian Reka Bentuk Tangan Dan Lutut Robot Humanoid Optimus

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh ariff bukhari

Tesla kini melangkah lebih jauh dalam pembangunan robot humanoid Optimus dengan paten baharu yang menekankan reka bentuk tangan dan lutut.

Menerusi rajah yang dipatenkan, jurutera Tesla mungkin telah berjaya menyelesaikan masalah pada pergelangan tangan dengan laluan kabel ortogonal, memastikan pergerakan jari lebih tepat tanpa gangguan.

Jari Optimus menggunakan sendi bergolek yang lebih tahan lama berbanding engsel tradisional, dengan saluran khas untuk mengelakkan kabel haus.

Tesla Patenkan Perincian Reka Bentuk Tangan Dan Lutut Robot Humanoid Optimus

Pada bahagian lutut Optimus pula, Tesla mengadaptasi mekanisme yang meniru anatomi manusia dengan mengagihkan tekanan untuk mengelakkan kerosakan.

Tesla Patenkan Perincian Reka Bentuk Tangan Dan Lutut Robot Humanoid Optimus

Satu penggerak linear di paha memberi kelebihan mekanikal, menukar input kecil kepada ayunan kaki besar, menjimatkan tenaga dan ruang.

Sensor beban terbina dalam pula membolehkan kawalan tepat ketika berjalan atau mengangkat objek.

Tesla Patenkan Perincian Reka Bentuk Tangan Dan Lutut Robot Humanoid Optimus

Apa yang dapat disimpulkan daripada paten ini menunjukkan fokus Tesla dalam usaha meningkatkan kecekapan dan ketahanan robot humanoid mereka hampir seakan keupayaan manusia sambil melindungi harta intelek sebelum Optimus versi produksi diperkenalkan.

Berkaitan

  • Tesla Bayar ~RM209/jam Untuk Memakai Sut 'Motion Capture' Bagi Melatih Optimus
  • Tesla Bot, Optimus Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM85 Ribu Hingga RM128 Ribu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY