Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3

Tesla Beri Kejutan, Pelanggan Terima Kereta Tanpa Port USB

Diterbitkan November 15, 2021 · Dikemas kini November 15, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejumlah pengguna Model 3 dan Model Y yang baru saja menerima kereta mereka minggu lalu melaporkan kereta mereka tidak disertakan port USB-C sama ada di konsol hadapan atau tempat duduk belakang. Lubang yang seharusnya menjadi port USB-C tersebut ditinggalkan lompong dan ada yang mengatakan pengecasan tanpa wayar juga tidak berfungsi.

Sesetengah pelanggan tidak dimaklumkan langsung oleh pihak Tesla berkaitan isu ini dan sebaliknya hanya sedar ketika mereka memeriksanya di rumah.

tesla usb c

Tesla mengatakan perkara ini disebabkan kekurangan bekalan cip global dan pelanggan boleh membuat temu janji dengan mereka setelah Tesla menerima stok alat berkaitan seawal pertengahan Disember.

Terdahulu, pengguna Model Y juga mengadu tempat duduk mereka tidak dilengkapi dengan sokongan lumbar seperti sepatutnya. Dalam perkembangan lain, BWM juga telah berhenti menyertakan papan sesentuh pada kereta mereka, namun memberikan pelanggan secara kredit sehingga $500 (~RM2080).

Sumber: Electrek

Baca juga:

  • Elon Musk Dedahkan Yang Nama ‘Tesla’ Itu Dibeli
  • Ini Mungkin Reka Bentuk Kereta Apple Nanti
  • Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY