Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta apple vanarama 3

Ini Mungkin Reka Bentuk Kereta Apple Nanti

Diterbitkan November 12, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Terdahulu, kami telah berkongsi ura-ura berkenaan kerjasama Hyundai dan Apple untuk kereta pertama dari Apple. Apple dikatakan akan mengeluarkannya seawal 2024 namun disebabkan pembuatan baterinya yang rumit maka ia mungkin hadir dalam 6-7 tahun lagi.

Terbaru, Vanarama telah membina model 3D interaktif berdasarkan paten yang telah didaftar Apple.

kereta apple vanarama 1

Walaupun tidak dipatenkan, Vanarama mengambil inspirasi daripada mesh Mac untuk jeriji bahagian depan. Logo Apple di rim bagaimanapun mungkin tidak akan menjadi realiti kerana Apple terkenal dengan peletakan logo yang minimal.

kereta apple vanarama 2

Rekaan oleh pakar di Vanarama ini nampak seakan-akan Cybertruck daripada Tesla walaupun pada awalnya ramai menjangka ia akan datang dalam reka bentuk sedan.

kereta apple vanarama 6

Tempat duduk yang boleh dipusing dan cermin tingkap tanpa bingkai tampak begitu moden.

kereta apple vanarama 5

Stereng dan tombol gear dengan elemen futuristik bersama paparan digital sepenuhnya untuk meter dan kawalan lain.

kereta apple vanarama 4

Walau bagaimanapun ini hanyalah rekaan berdasarkan paten dan bukan pendedahan prototaip yang telah dibina. Maka pastinya model sebenar akan berbeza berbanding imej ini, namun ia menarik untuk melihat konsep yang agak selari dengan reka bentuk produk Apple sedia ada.

Sumber: Vanarama

Baca juga:

  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB
  • Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
  • Porsche Bangunkan Teknologi Yang Boleh Ramal Kerosakan Kereta Ikut Gaya Pemanduan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY