Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk

Untuk Terus Memacu AI Dan Robotik, Elon Musk Mahu 25% Syer Syarikat Tesla

Diterbitkan Januari 16, 2024 · Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Tesla, Elon Musk, menerusi platform X rasminya menyuarakan ketidakselesaannya dengan idea Tesla menjadi peneraju dalam AI dan robotik.

Tetapi, rasa kurang selesa itu akan diubati jika beliau memegang sekurang-kurangnya 25% saham dalam syarikat itu.

Di platform X itu juga beliau membayangkan, untuk bekerja pada projek di luar Tesla jika dia tidak dapat mempunyai 25% syer tersebut.

Beliau menambah, tidak cukup motivasi untuk “hadir untuk bekerja”. Kenyataan itu merujuk kepada pemegang saham lain seperti Fidelity yang pada masa ini memiliki jumlah saham yang sama tetapi tidak dijangka bekerja.

Musk, kini memiliki sekitar 13% saham Tesla selepas menjual berbilion dolar saham pada 2022 yang sebahagiannya untuk membantu membiayai pembelian Twitter yang bernilai $44 bilion.

I am uncomfortable growing Tesla to be a leader in AI & robotics without having ~25% voting control. Enough to be influential, but not so much that I can’t be overturned.

Unless that is the case, I would prefer to build products outside of Tesla. You don’t seem to understand…

— Elon Musk (@elonmusk) January 15, 2024

Berkaitan

  • Ini Senarai 223 Stesen Pengecas EV Berdaftar Dengan Lesen Yang Sah
  • Pesawat Hidrogen-Elektrik, Berlepas Dan Mendarat Menegak Pertama Di Dunia Diperkenalkan
  • Program 'AI Untuk Rakyat' Diperkenal, Ini Yang Perlu Diketahui

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY