Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ev

Ini Senarai 223 Stesen Pengecas EV Berdaftar Dengan Lesen Yang Sah

Diterbitkan Januari 16, 2024 ยท Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda memiliki kenderaan elektrik (EV), adalah penting untuk anda mengecas EV anda itu di stesen-stesen pengecasan yang didaftar dan disahkan.

Ia bukan sahaja untuk tidak merosakkan EV anda, tetapi apa yang lebih penting lagi adalah keselamatan anda dan orang awam yang berada berdekatan dengan lokasi anda.

Mengecas EV anda di stesen pengecasan berdaftar dan disahkan dapat mengelakkan daripada berlakunya insiden yang tidak diingini.

ev chargesini_caricarz

Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlakunya insiden kebakaran di sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor sehingga menghanguskan sebuah kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB).

Insiden itu turut menyebabkan premis berhampiran dengan EVCS yang terbakar itu turut mengalami kerosakan.

Daripada siasatan awal didapati, EVCS itu telah beroperasi tanpa lesen daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan bahawa aktiviti pembekalan tenaga daripada mana-mana pepasangan hendaklah dilaksanakan dengan mendapatkan lesen yang sah daripada ST.

Ini Senarai 223 Stesen Pengecas EV Berdaftar Dengan Lesen Yang Sah

Jadi, bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden yang serupa, pengguna EV dinasihatkan untuk mengecas EV mereka di EVCS yang menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga.

Berikut adalah antara senarai EVCS yang telah menerima pengesahan Suruhanjaya Tenaga setakat ini:

List of Electric Vehicle Charging System (EVCS) Licensee

List of Electric Vehicle Charging System (EVCS) Licensee

Daripada senarai itu dapat dilihat bahawa, ia bukan sahaja memaparkan lokasi, bilangan unit pengecas dan penyedia EVCS tersebut, tetapi turut dipaparkan adalah tarikh sah tempoh lesen yang diberikan pada EVCS tersebut.

Jadi, kepada pengguna EV, jadilah pengguna EV yang lebih bertanggungjawab dengan pastikan anda mengecas EV anda di stesen EVCS yang telah dilesenkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

Anda boleh memberikan maklumat berkenaan EVCS yang tidak dilesenkan kepada ST melalui sistem eAduan ST di talian 03-8870 8800 atau email ke [email protected].

Untuk melihat senarai penuh 222 stesen EVCS yang telah dilesenkan setakat ini, layari laman rasmi Suruhanjaya Tenaga.

Berkaitan

  • Siri Redmi Note 13 Dilancar Dengan Harga Bermula RM749
  • BYD Lancar YangWang U7, Sedan NEV Mewah Dengan Kuasa Lebih 1,000HP
  • Wi-Fi 7 Rasmi, Tentunya Lebih Laju Dari Wi-Fi 6 Dan Lebih Dipercayai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY