Pastinya kita tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam saat-saat itu menggunakan telefon pintar.
Tetapi disebabkan telefon pintar mungkin dikunci dengan kata laluan, kita mungkin terlepas peluang itu.
Oleh yang demikian, syarikat pengeluar telefon membangunkan jalan pintas bagi kita mengaktifkan kamera telefon pintar dalam kadar yang segera.
Sebelum ini Samsung menampilkan ciri yang membolehkan anda mengaktifkan kamera dengan menekan butang Home sebanyak 2 kali.
Menerusi imej yang tersebar di internet, Samsung dipercayai hadir dengan ciri yang sedikit berbeza untuk model flagship terbaru mereka, Samsung Galaxy S8.
S8 dibangunkan tanpa butang Home fizikal, dan Samsung dipercayai mencipta jalan pintas baru untuk model itu.
Imej menunjukkan tetapan “Quick Launch para Cámara” atau maksudnya "Pelancaran Pantas untuk kamera".
Dengan memilih tetapan itu, anda boleh mengaktifkan kamera dengan hanya menekan butang kuasa sebanyak 2 kali secara pantas.
Walaupun S8 belum dilancarkan secara rasmi, tetapi model ini telah banyak tertiris di internet.
Pelancaran S8 dijadual berlangsung pada 29 Mac ini dan pasti anda tidak sabar-sabar menantikan peranti flagship keluaran gergasi Korea Selatan itu.
https://www.youtube.com/watch?v=J5bZtOdmmuQ
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Bocoran Spesifikasi Samsung Galaxy A60 - Bateri 4500mAh Dan Skrin 6.7 Inci
- Apple Dikatakan Bakal Keluar Dengan Model Melengkung Seperti Samsung
- Samsung Umum Cip Exynos 9825, Dibangunkan Dengan Proses 7nm
- Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+ Kini Rasmi - S Pen Lebih Baik Serta Bateri Lebih Besar
- Kamera Samsung Galaxy A90 Mungkin Bukan Sahaja Boleh Disembunyikan Tetapi Juga Berputar
- Promosi Sempena Merdeka Untuk Samsung Tab, Potongan Harga Sehingga RM530
- Samsung Galaxy Fit2 Mula Dijual Pada Harga RM179
- Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Secara Rasmi
- Larangan Eksport Jepun Keatas Korea Mungkin Jejaskan Pembuatan Galaxy Note 10
- Samsung Galaxy Buds Live Dengan Rekaan Seperti Kacang Dilancarkan