Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Fit2

Samsung Galaxy Fit2 Mula Dijual Pada Harga RM179

Diterbitkan November 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Samsung Malaysia hari ini telah mula menawarkan secara rasmi penjejak kesihatan Samsung Galaxy Fit2 pada harga RM179. Boleh didapati di kedai fizikal, pengedar rasmi jenama, serta dalam talian, ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Black dan Scarlet.

Galaxy Fit2

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Fit2 hadir dengan paparan AMOLED berukuran 1.1 inci, seberat 21g dan menyokong sambungan Bluetooth 5.1.

Galaxy Fit2..

Konfigurasi memori pula menampilkan RAM 2MB dan storan 32MB. Ia dimuatkan dengan bateri 159mAh serta dijanjikan dengan tempoh penggunaan dari 15 hingga 21 hari mengikut penggunaan.

Screenshot 2020-11-20 at 6.57.28 PM

Ciri lain yang ada dilengkapkan pada peranti ini adalah ketahanan 5 ATM, pengesanan kesihatan, pemantauan corak tidur yang boleh diakses melalui aplikasi Samsung Health

Terdapat 3 jenis sensor yang digunapakai pada Samsung Galaxy Fit2 iaitu pecutan, gyro, dan sensor denyut jantung optik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY