Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Jika anda selalu menggunakan perkhidmatan e-mel, pastinya anda pernah berhadapan dengan masalah tersalah hantar.

Paling menjadi masalah apabila e-mel yang tersalah hantar itu mengandungi dokumen sulit. Oleh sebab itu, Google menghadirkan ciri tarik balik e-mel pada perkhidmatan Gmail mereka.

Pertama kali hadir untuk platform web, ciri itu kini boleh digunakan pada peranti Android dan juga aplikasi Gmail iOS.

Melalui aplikasi Gmail versi 8.7, pengguna mampu menarik balik hantaran e-mel yang telah dibuat.

Setiap kali anda menekan butang hantar, paparan aplikasi dibahagian bawah akan menunjukkan butang Undo lebih kurang 10 saat. E-mel yang dihantar itu akan disimpan pada ruangan draf.



Difahamkan, hantaran e-mel dari Gmail ke Gmail, Google akan menarik balik secara serta merta. Sementara itu, jika dari Gmail ke perkhidmatan e-mel yang lain, terdapat sedikit kelewatan.

Jika anda sudah mempunyai Gmail versi 8.7 tetapi ciri Undo tidak kelihatan, anda mungkin perlu restart semula aplikasi Gmail.

Sumber: Android Police