Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagaimana Facebook Boleh Tahu Barang Apa Yang Anda Beli?

Tiada Lagi Ciri Cam Wajah Pada Gambar Facebook

Diterbitkan November 3, 2021 · Dikemas kini November 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas menggemparkan dunia dengan matlamat untuk mencipta dunia baharu melalui ‘metaverse‘, hari ini Meta (Facebook Inc), tampil dengan langkah yang agak kontra berbanding berita tersebut. Menurut gergasi media sosial itu, fungsi pengecaman wajah pada gambar pengguna Facebook bakal dibuang, manakal 1 bilion data wajah pengguna akan turut dipadam bermula beberapa minggu lagi.

Fungsi yang telah diimplementasi sejak lama dahulu ini memudahkan pengguna kerana Facebook secara automatik mengecam wajah pada gambar dan mencadangkan akaun yang dipercayai pemilik wajah tersebut. Ia secara langsung menjadikan proses tag rakan-rakan di Facebook menjadi lebih mudah dan pantas.

Berdasarkan kenyataan di blog, Meta berkata walaupun fungsi ini membantu pengguna tetapi semakin banyak kebimbangan diutarakan tentang fungsi berkenaan, terutamanya berkaitan privasi orang ramai. Walaupun masih tiada garis panduan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa, Facebook percaya langkah membataskan penggunaannya sesuai dengan keadaan semasa.

Ramai percaya langkah ini berkait rapat dengan tekanan yang dihadapi oleh Facebook sejak beberapa tahun ini oleh pihak berkuasa di mana mereka pernah didapati menggunakan data pengguna untuk tujuan tertentu seperti skandal Cambridge Analytica.

Sumber: Meta

Baca juga:

  • Facebook Diarah Membayar RM2.7 Juta Oleh Pihak Berkuasa U.K Berhubung Skandal Cambridge Analytica
  • Mark Zuckerberg Menyatakan Beliau Patut Dengar Nasihat Untuk Mencontohi WeChat
  • Data Lebih Setengah Bilion Pengguna Facebook Dibocorkan Ke Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY