Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sperm whales

Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI

Diterbitkan November 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Lupakan komunikasi dengan makhluk asing atau angkasa, sekumpulan saintis kini sedang melancarkan sebuah projek yang diberi nama Project CETI dimana hanya dengan satu tujuan untuk membuat penyahkodan dan berkomunikasi bersama ikan paus Sperma atau Sperm Whales.

Project CETI (Cetacean Translation Initiative) bakal menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu untuk memahami bahasa yang digunakan ikan paus tersebut.

Dalam erti kata lain, pasukan saintis mahu melakukan penyahkodan berdasarkan bunyi klik atau koda Sperm Whales yang digunakan haiwan tersebut ketika berkomunikasi antara satu sama lain.

Saintis bakal menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), satu sub-bidang dalam kecerdasan buatan yang memfokuskan pada pemprosesan bahasa manusia dalam penulisan dan pertuturan. AI ini kemudian akan dilatih dalam empat bilion koda paus Sperma.

Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI
gambar dari Hakai Magazine

Buat masa sekarang, mereka sudah pun mengaplikasikan koda yang dirakam dari ikan paus tersebut untuk algoritma NLP. Katanya, hasilnya ketika ini agak memberangsangkan.

Tambahan lagi, para saintis berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun agar AI tersebut memahami konteks koda atau ‘bahasa’ ikan paus. Malah, jika berjaya, langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan chatbot interaktif bagi menjayakan proses komunikasi antara manusia dan paus Sperma.

Project CETI ini turut akan mengumpulkan pasukan kriptografer, ahli robotik, linguistik, ahli biologi marin dan ahli teknologi dalam bersama-sama menjayakannya.

Dengan ini, sekiranya projek CETI ini berhasil, ini merupakan salah satu kejayaan dalam peradaban manusia. Secara tidak langsung, kita dapat memahami alam sekitar dan bagaimana untuk menjaganya. Mungkin juga kita boleh mengetahui rahsia di dalam laut yang masih banyak belum diteroka?

Sumber: hakaimagazine, earth

Baca juga:

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple

  • Jam Tangan “Facebook” Meta Diperlihatkan, Mungkin Jadi Pesaing Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY