Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Siri Galaxy S22 Di Malaysia Guna Snapdragon 8 Gen 1

Terdapat Percanggahan Info Spesifikasi Paparan Samsung Galaxy S22 Dan Galaxy S22+

Diterbitkan Februari 14, 2022 ยท Dikemas kini Februari 14, 2022 oleh ariff bukhari

Pada minggu lalu, Samsung telah pun mengumumkan generasi terbaru telefon pintar premium mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Galaxy S22 dan Galaxy S22+.

Cumanya dalam pelancaran itu Samsung menyatakan bahawa 2 model telefon pintar itu masing-masing dilengkapi dengan skrin 6.1 dan 6.6 inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ Super Smooth dengan kadar segar 10-120Hz.

Tetapi semakan dari laman media rasmi Samsung pula menyatakan bahawa kadar segar yang dimiliki paparan 2 model telefon pintar itu adalah 48-120Hz.

Screenshot 2022-02-14 at 9.29.42 PM

Perkara ini turut dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Ross Young.

Not to say I told you so, but Samsung changed their S22 and S22+ spec sheets from 10Hz – 120Hz to 48Hz – 120Hz. Companies have shown below 48Hz as demo's, but not a commercial product, so it would have been a first. Thanks @DylanVHuynh for the link!https://t.co/xop0Dhw78a pic.twitter.com/AAR4krHmtp

— Ross Young (@DSCCRoss) February 12, 2022

Walaubagaimanpun setakat artikel ini ditulis, Samsung masih mengiklankan keupayaan kadar segar paparan Galaxy S22 dan Galaxy S22+ mereka sebagai 10-120Hz.

Screenshot 2022-02-14 at 9.34.09 PM

Jadi di sini terdapat kecelaruan pengiklanan yang diiklankan oleh Samsung terhadap spesifikasi 2 model telefon pintar terbaru mereka.

Jadi sama-sama kita tunggu respon dari pihak Samsung tentang perkara ini.

Sumber: Samsung, Notebook Check

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S22 Dan S22+ Bermula RM3,499 – Kamera 50MP Dan Snapdragon 8 Gen 1
  • Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia
  • Reaksi Awal Xiaomi Redmi Note 11 Dan 11S – Rupa Baharu, Tapi Ada Yang Lama?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY