Ketereh Dirasmikan Sebagai Hab Digital, Sedia Rangkaian 5G Dan Bantu Peniaga Kecil

Ketereh telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob beberapa hari lepas sebagai Hab Digital.

Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata pembangunan hab itu merupakan hasil usahasama YTL Communications dan Shopee bersama-sama K-KOMM.

Hab Digital Ketereh menyediakan kemudahan seperti studio fotografi, studio penstriman langsung, penyuntingan video, termasuklah dilengkapi rangkaian 5G.

Bukan itu saja, latihan disediakan juga dapat membantu usahawan dan peniaga kecil terpilih dari PEDi mencipta kandungan dan mendapat pendedahan menggunakan platform tersedia online untuk pasaran global.


Perkhidmatan 5G pula merupakan hasil usaha sama DNB dengan TM dan YTL.


“Perkhidmatan 5G ini menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 Megabit per saat kepada pengguna berbanding 35 Megabit per saat bagi teknologi 4G. Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G," kata Zulkarnain.

Ini menjadikan Keterah sebagai hab digital luar bandar pertama di Malaysia untuk projek rintis perkhidmatan 5G.

Sumber: BERNAMA