Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

Annuar Musa: 6 Syarikat Telekomunikasi Capai Persetujuan Dengan DNB, 70% Saham Akan Diagih

Diterbitkan Jun 30, 2022 · Dikemas kini Jun 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri K-KOM, Tan Sri Annuar Musa tadi di Putrajaya mengesahkan bahawa 6 syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan DNB untuk perkhidmatan 5G di Malaysia.

Ini selari dengan laporan dari tanah seberang yang kami kongsikan sebelum ini.

Enam syarikat tersebut ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan Yes.

Menurut perkiraan kami, setiap syarikat akan mendapat sekitar 12% pegangan dalam DNB jika diagih sama rata.

Menurut beliau, urusan berjalan lancar mengikut rancangan dan semua pihak mencapai kata sepakat berkatan isu berbangkit terdahulu berkaitan ketelusan dan harga.

Pengumuman rasmi tentangnya akan diuar-uarkan dalam sekitar seminggu lagi, tambah menteri.

Anda boleh baca di sini berkenaan laporan terdahulu yang mengatakan syarikat penyedia perkhidmatan akan terima diskaun sehinggalah liputan 5G DNB mencapai 80% seluruh negara.

Sumber: The Edge Markets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY