Tencent Beli 49.9% Saham Syarikat Yang Asaskan Ubisoft, Guillemot Brothers

Syarikat dari China iaitu Tencent membeli 49.9% pegangan dalam Guillemot Brothers Limited iaitu syarikat yang mengasaskan Ubisoft.

Ia menjumlahkan sekitar RM1.4 bilion (€300 juta) dengan ~RM360 (€80) sesaham. Tencent dilaporkan membeli saham syarikat Perancis itu dengan harga hampir 2 kali ganda.

Dengan pengambilan ini, Tencent dibenarkan meningkatkan pegangan saham dalam Ubisoft daripada 4.5% ke 9.99% maksimum.

Ini yang anda harus tahu berkaitannya:

  • Tencent beli 49.9% pegangan dalam Guillemot Brothers Limited dengan harga sekitar $80 (~RM360) sesaham

  • Tencent akan sediakan wang tambahan untuk Guillemot mereka selesaikan hutang (refinance).

  • Guillermot benarkan Tencent meningkatkan pegangan saham Ubisoft hingga 9.99%.

  • Guillemot Brothers Limited kekal dikawal mutlak keluarga Guillemot.

  • Kedua-dua Tencent dan Guillemot kini mempunyai kawalan sehingga 29.9% dalam Ubisoft.

  • Tencent boleh beli sehingga 9.99% saham dalam Ubisoft.

  • Tencent tidak dibenarkan meningkatkan saham selama 8 tahun.

  • Tencent tidak boleh menjual saham dimilikinya selama 5 tahun dan akan memberi wangnya kepada keluarga Guillemot terlebih dahulu jika menjualnya.

  • Kepimpinan Ubisoft tidak akam berubah dan Tencent tidak ada hak veto.


Ini menjadikan Tencent dan Guillemot pemegang saham terbesar dalam Ubisoft.

{suggest}

Walaupun dengan setinggi hampir 50% pegangan dalam syarikat Guillemot, Tencent hanya mempunyai hak mengundi 5%. Justeru, keluarga Guillemot masih berkuasa mutlak dalam syarikat mereka.

Terdahulu, Tencent dan Sony mengumumkan pelaburan sekitar $260 juta ke dalam syarikat pembangun Elden Ring iaitu FromSoftware. Baca berita penuh di SINI.

Ubisoft diasaskan oleh 4 adik-beradik Guillemot iaitu Yves, Claude, Michel, Gérard dan Christian pada Mac 1986.
Sumber: Kotaku

Berkaitan