Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsep Assassin’s Creed Infinity Guna Unreal Engine 5 Diperlihat, Berlatarbelakangkan Parsi

Konsep Assassin’s Creed Infinity Guna Unreal Engine 5 Diperlihat, Berlatarbelakangkan Parsi

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh Firdaus

Assassin’s Creed Infinity merupakan siri permainan video baharu dalam francais Assassin’s Creed daripada Ubisoft. Perkara ini telah disahkan syarikat media Bloomberg dan berkemungkinan besar kita perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum kedatangan game itu.

Tetapi sebuah saluran YouTube, TeaserPlay telah mencipta trailer konsep untuk Assassin’s Creed Infinity yang begitu cantik kerana treler itu berasaskan perisian Unreal Engine 5.

Artis dan YouTuber TeaserPlay menghasilkan video treler ini dengan berlatarkan tamadun Persia melalui binaan seperti Persepolis, Makam Cyrus yang Hebat, Pasargad dan lain-lain lagi.

Jika anda perasan, TeaserPlay menggunakan karakter utama Aguilar de Nerha yang merupakan Master Assassin dan Mentor kepada Spanish Brotherhood of Assassin dalam filem Assassin’s Creed pada tahun 2016.

Sebenarnya, ini merupakan hasil percubaan kedua TeaserPlay dalam menghasilkan treler untuk Assassin’s Creed ini. Treler Assassin’s Creed yang pertama adalah konsep permainan dengan latar belakang tamadun dan binaan negara Jepun pada zaman dulu kala.

Sumber: TeaserPlay, wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Selepas POCO, OnePlus Pula Berkolaborasi Dengan Genshin Impact
  • Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099
  • Kuo: Apple Akan Naikkan Harga Jualan Untuk Model iPhone 14 Pro

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY