Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dan Tencent Melabur Lagi Ke Atas Pembangun Elder Ring

Sony Dan Tencent Melabur Lagi Ke Atas Pembangun Elder Ring

Diterbitkan September 1, 2022 oleh Firdaus

Sony dan Tencent telah menambahkan pemilikan saham mereka bersama ke atas FromSoftware menghampiri satu per tiga daripada jumlah keseluruhan.

Setakat ini, Tencent Holdings memiliki 16.25% saham FromSoftware, manakala Sony Interactive Entertainment pula memegang 14.09% saham.

Saham yang selebihnya dimiliki oleh syarikat induk FromSoftware – Kodakawa Corporation.

Berkaitan

  • Asus Zenbook 17 Fold OLED, 'Laptop' Dengan Skrin Boleh Lipat Pada Harga RM14,999
  • Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB
  • Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China

Berdasarkan pemilikan-pemilikan di atas, Tencent membayar sebanyak USD140 juta (~RM628 juta) untuk mendapatkan pemilikan sahamnya.

Sementara itu, Sony pula membelanjakan sekitar USD122 juta (~RM547 juta).

Untuk maklumat pembaca, pemilikan baharu Sony ini menggambarkan usaha mereka dalam menceburi atau memperkukuhkan lagi bidang penghasilan permainan video PlayStation.

Sumber: Polygon

Gambar utama: Mobidictum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY