Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan kENA SCAM

Kes Semakin Meningkat, Bank Bersama Perangi Scam Kewangan

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh ariff bukhari

Untuk mengawal peningkatan kes penipuan kewangan di negara ini, bank-bank di bawah naungan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berganding bahu melancarkan semula kempen kesedaran #JanganKenaScam. 

Kempen ini dilancarkan dengan skala yang lebih besar daripada sebelumnya dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pameran #JanganKenaScam Fest di peringkat kebangsaan yang akan diadakan bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi juga di  kawasan luar bandar.

Pameran ini akan menampilkan jerayawara pengalaman dan pameran maklumat bagi memberi rakyat Malaysia pengetahuan anti-scam yang praktikal.

Industri perbankan telah sama-sama melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang penting untuk memerangi scam.

Antaranya termasuk peralihan daripada kata laluan sekali SMS (OTP) untuk pengesahan yang lebih selamat, peningkatan peraturan sistem untuk mengesan penipuan, perlaksanaan penungguan tempoh pengesahan untuk pendaftaran perbankan dalam talian kali pertama, sekatan pengesahan selamat kepada satu peranti dan penyediaan talian khusus untuk laporan penipuan kewangan.

Jangan kENA SCAM

Berdasarkan tinjauan industri tentang kesedaran scam dalam kalangan pelanggan bank yang dijalankan oleh Rakuten Insights dari bulan Jun hingga Julai 2023, sembilan daripada 10 pelanggan membaca amaran tentang scam dan mengemaskinikan pengetahuan mereka tentang taktik terkini scam.

Walau bagaimanapun, hampir 60% yang merasakan bahawa mereka masih kurang bersedia melawan penipuan kewangan.

Kempen ini turut menampilkan selebriti dan usahawan terkenal, Hairul Azreen bersama-sama memerangi scam dengan menjadi duta rasmi kempen #JanganKenaScam yang akan tampil di lokasi-lokasi terpilih bagi pameran tersebut.

Hairul akan menjadi penyokong utama bagi kesedaran awam terhadap scam dan menyertai kempen #JanganKenaScam untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia supaya bertindak secara aktif menentang scam.

Orang ramai berpeluang untuk menyertai kempen #JanganKenaScam di pelbagai lokasi di seluruh negara, bermula dengan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Bertam, Pulau Pinang mulai sekarang hingga 8 Oktober 2023 dan seterusnya di Pusat Beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya mulai 15 hingga 19 November 2023.

Berkaitan

  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Astro Tawar 'WiFi Kencang' 50Mbps Serendah RM60/bulan

Sumber: Siaran media ABM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY