Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 10 Pro+ 5G – Curved Display

Tempahan Awal Peranti realme 10 Pro+ 5G Mula Dibuka

Diterbitkan Disember 2, 2022 oleh Aziah Zulkifli

realme dengan rasminya mengumumkan siri realme 10 Pro+ 5G yang bakal hadir ke Malaysia pada 8 Disember 2022.

Siri peranti berkenaan diperkenalkan dengan teknologi perlindungan mata terbina dan ini merupakan paparan OLED Malaysia yang pertama menerima penarafan Rheinland Flicker Free.

Berbanding daripada telefon pintar 480Hz PWM dimming yang biasa, realme 10 Pro+ 5G memiliki paparan 2,160Hz PWM dimming.

realme 10 Pro+ 5G – 2160 PWM Dimming

Paparan ini menawarkan 4.5 kali peningkatan dalam kecekapan malap dan 1.7 kali lebih tinggi berbanding daripada IEEE International Lighting Standard 1,250Hz untuk perlindungan mata yang berperingkat industri.

Dengan adanya skrin melengkung pada realme 10 Pro+ 5G, pengguna akan menerima pemandangan skrin penuh melalui penggunaan teknologi yang maju iaitu COP Ultra.

Teknologi ini akan mengurangkan saiz sisi telefon sehingga 2.33mm, menghasilkan telefon andalan yang mempunyai sisi peranti ternipis bersama paparan melengkungnya yang luas.

realme 10 Pro+ 5G – Narrowest bottom bezel

Bukan itu sahaja, Realme juga memperkenalkan Hypervision Mode di dalam siri Realme 10 Pro+ 5G. Ciri ini menawarkan teknologi yang mampu menghasilkan paparan video yang berkualiti tinggi.

Tontonan video akan menjadi lebih seronok apabila ciri ini digunakan. Mana-mana sudut yang gelap akan dicerahkan serta warna akan menjadi lebih terang dan menarik.

realme 10 Pro+ 5G

Sempena pelancaran yang bakal mendatang ini, realme Malaysia menawarkan promsi untuk pembeli terawal.

Melalui promosi ini, pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM2,999 dan ke atas.

Setiap tempahan awal untuk siri realme 10 Pro+ 5G akan disertakan dengan realme Band 2 (bernilai RM169), jaminan selama 2 tahun (bernilai RM59), dan kad gores dan menang (bernilai sehingga RM2,999)

Berkaitan

  • Sehingga 8 Disember 2022, Ini Kawasan Terjejas Rangkaian Akibat Penyelenggaraan Celcom
  • Platform Penstriman Mesra Muslim, Qalbox Rasmi Di Malaysia, Boleh Diakses Melalui Muslim Pro
  • Bank Islam: Aplikasi GO Terima Jumlah Trafik Tinggi, Pengguna Disaran Guna Perbankan Internet
  • Muat 8,500 Helai Dan Mampu Cetak 80 Halaman Seminit, Itu Canon imagePRESS C270
  • Lebih 140 Penjual Baharu Shopee Rekod Jualan Lebih RM500 Ribu Tahun Lepas

Pengguna boleh melawat laman sesawang rasmi realme Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut atau penempahan awal.

realme 10 Pro+ di Lazada – https://invol.co/clf9znk

Sumber: Siaran Akhbar Realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY