Monitor permainan direka untuk memaksimumkan kualiti visual daripada kad grafik dan CPU semasa bermain.
Ia memainkan peranan penting dalam memaparkan hasil akhir pemprosesan imej komputer, tetapi boleh berbeza dalam warna, pergerakan, dan ketajaman imej.
Memilih monitor permainan memerlukan pemahaman yang agak dalam tentang spesifikasinya supaya anda dapat menilai prestasi sebenar, bukan sekadar terpengaruh dengan iklan pemasaran.
Faktor seperti kadar segar semula, resolusi, dan teknologi paparan menentukan pengalaman gaming yang optimum.
Sejak awal tahun 2025, pelbagai jenama sudah mula menawarkan barisan model terbaru monitor berprestasi di pasaran.
Mungkin kerana populariti industri permainan komputer yang semakin meningkat, jenama-jenama terkenal semakin banyak membawa masuk monitor memfokuskan ‘gaming‘.
Tetapi, apa yang menakrifkan sesebuah model monitor itu sebagai monitor ‘gaming‘?
Di sini dikongsikan 9 perkara yang harus anda teliti sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah monitor gaming.
Resolusi
Resolusi adalah ciri utama monitor, mengukur lebar dan tinggi skrin dalam piksel, yang membentuk imej. Contohnya, skrin 2,560 × 1,440 mempunyai 3,686,400 piksel.
Resolusi biasa bagi sebuah monitor moden adalah bermula dengan Full HD (1080p), Quad HD (1440p), dan 4K Ultra HD (2160p), dengan pilihan ultrawide seperti UW-FHD (2560 × 1080) dan DQHD (5120 × 1440).
Kelebihan monitor dengan resolusi yang tinggi adalah semakin tinggi resolusi, semakin tinggilah tahap kejelasan imej yang dihasilkan.

Salah satu model monitor gaming premium terbaru yang baru masuk ke pasaran Malaysia adalah MSI MPG 272URX QD-OLED Gaming Monitor.
Monitor premium ini hadir dengan paparan 27 inci beresolusi 4K dan kadar segar semula 240Hz ditawar pada harga RM4,899
Beli MSI MPG 272URX QD-OLED Gaming Monitor dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmot6c
- Lazada – https://invl.me/clmot6i
Kadar segar
Kadar segar semula ialah kekerapan skrin memperbaharui imej, diukur dalam hertz (Hz).
Semakin tinggi kadar segar semula, semakin lancar pergerakan pada skrin yang sangat membantu pemain bermain permainan bergerak pantas mengikuti objek bergerak dengan lebih mudah dan menjadikan skrol halaman lebih responsif.
Kadar segar semula yang lebih tinggi juga mengurangkan kabur pergerakan dan menjadikan animasi lebih sederhana.
Standard dulu ialah 60Hz, tetapi kini banyak peranti menyokong 120Hz atau 144Hz dan 240Hz terutama untuk permainan pantas.
Malah kini ada monitor berprestasi tinggi yang menyokong sehingga 500Hz yang memfokuskan permainan.

Namun, kelebihan skrin dengan kadar segar yang tinggi bergantung juga pada kuasa GPU PC anda.
Ini kerana ia mestilah mampu menghasilkan kadar bingkai (fps) yang setanding bagi mendapatkan keupayaan penuh monitor tersebut.
Antara model monitor gaming dengan kadar segar tinggi 120Hz adalah dari Acer menerusi model AOpen 24CL1YG bersaiz 24 inci pada harga serendah RM339 sahaja.
Atau model AOpen 25MV1QZ1 bersaiz 25 inci yang menyokong kadar segar sehingga 280Hz pada harga RM569 sahaja.
Beli barisan model monitor gaming harga bajet dari Acer di stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/clmot9r
- Lazada – https://invl.me/clmota3
Saiz skrin dan PPI (Pixels Per Inch)
Saiz skrin sememangnya antara faktor utama dalam membeli sesebuah monitor. Lagi besar lagi best, puas main game.
Skrin PC biasanya bersaiz 20” hingga 24”, menjadikan 1440p atau 4K lebih jelas berbanding TV atau telefon.
Tapi, faktor lain seperti ketajaman penglihatan dan jarak pandangan juga mempengaruhi pilihan resolusi yang terbaik.

Masa respon
Satu lagi aspek teknikal yang perlu diber perhatian dalam memlih monitor adalah respon time (masa respon).
Respon time adalah masa yang diambil oleh monitor anda untuk beralih dari satu warna ke warna lain. Biasanya, ini diukur bagi peralihan dari hitam ke putih dan kembali ke hitam, dalam milisaat.
Masa respons LCD biasa adalah di bawah sepuluh milisaat (10 ms), dan ada yang sepantas 1 milisaat.
Jika anda adalah pengguna biasa, seperti melayari internet, atau sekadar membuat kerja pejabat, masa tindak balas sebenarnya bukanlah faktor yang sangat penting.
Tetapi, Jika anda seorang pemain permainan, masa tindak balas adalah sangat penting.
Ini kerana, memiliki kadar tindak balas yang lebih rendah, seperti satu hingga lima milisaat boleh membuat perbezaan yang besar bagi anda.
Ia juga membolehkan pergerakan yang lebih jelas dan mengurangkan apa yang dipanggil sebagai “ghosting”. Ringkasnya, masa respon yang pantas amat penting bagi sesebuah monitor permainan.
Jenis panel
Monitor moden kini kebanyakkannya menggunakan teknologi paparan IPS dalam kategori skrin LCD, serta OLED.
LED dan QLED pula bukanlah panel paparan tetapi adalah teknologi cahaya latar (backlit) yang digunakan bersama IPS. IPS panel paling banyak dipasaran kerana harga dan prestasinya.
Sebagai contoh, monitor LCD, Acer AOpen 27HC5R Z1 yang bersaiz 27 inci ditawarkan pada harga RM699 sahaja.

Skrin OLED pula adalah kategori monitor berprestasi dan premium kerana keupayaannya mengendalikan pergerakan, warna, dan kontras yang sangat baik.
Malah OLED juga menawarkan kontras tinggi dan warna terang serta warna hitam sebenar kerana ia tidak menggunakan backlit.
Ia juga hadir dalam reka bentuk monitor yang lebih nipis dan boleh lebih cekap tenaga.
Sebagai contoh, model monitor 2025 Samsung Odyssey OLED G8 (G81SF) yang berharga dari RM5,999.
Merupakan monitor OLED 27 inci 4K pertama dari Samsung, ia menyokong kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas ultra pantas 0.03ms.

Namun begitu, ketahui juga kelemahan utama monitor dengan panel OLED adalah harganya yang jauh lebih mahal dan risiko isu burn-in skrin yang menyebabkan hayatnya lebih pendek.
Warna
Permainan moden hari ini menyediakan imej dunia nyata yang sangat menakjubkan. Jadi, ketepatan warna monitor yang baik adalah sangat penting supaya anda dapat menikmati pengalaman visual yang terbaik.
Ini ada kaitan dengan apa yang dipanggil gamut warna. Gamut warna adalah julat warna yang dapat dilihat oleh manusia pada paparan.
Gamut warna penting untuk permainan kerana ia mempengaruhi kualiti visual keseluruhan dan pengalaman permainan tersebut.
Monitor dengan gamut warna yang luas boleh memaparkan lebih banyak warna, menjadikan permainan lebih hidup dan imersif.
Sebagai tips mudah, apabila memilih monitor, pastikan anda memilik model monitor yang menyokong sekurang-kurangnya 99% ruang warna sRGB untuk pengalaman permainan terbaik.
Skrin lengkung atau flat?
Selain skrin ultra lebar, kini sudah banyak pengeluar turut menawarkan pilihan monitor jenis melengkung.
Skrin melengkung ialah satu lagi ciri biasa pada monitor ultra lebar.
Skrin lengkung dapat membetulkan satu isu biasa pada skrin ultralebar iaitu dengan menjadikan sudut pandang imej di hujung skrin yang jauh kelihatan kurang berbeza daripada imej di tengah.
Skrin melengkung membantu mengimbangi ini dan memberikan pandangan yang lebih jelas berbanding tepi skrin ultra lebar.
Walau bagaimanapun, kesannya paling ketara hanya dirasai pada skrin yang lebih besar melebihi 27″.
Salah satu model terbaru monitor lengkung yang telah dilancarkan di Malaysia adalah AOPEN 32HC5QU S3.
Bersaiz 31.5 inci, tetapi harga yang ditawarkan hanyalah RM899 sahaja.

Beli monitor AOPEN 32HC5QU S3 dari stor rasmi di:
- Shopee –https://invl.me/clmowe1
- Lazada – https://invl.me/clmowea
Lain-lain
Faktor-faktor lain yang perlu anda teliti sebelum membeli monitor gaming anda adalah ciri-ciri yang ditawarkan seperti AMD Radeon FreeSync, NVIDIA Adaptive VSync atau .
Ciri ini penting bagi monitor permainan kerana ia memberi kelebihan kepada monitor untuk menyelaraskan kadar penyegaran skrin dengan output GPU serta mengurangkan isu stutter dan input lag. Sekali gus menyampaikan visual permainan yang lancar pada skrin.
Selain ciri, monitor yang dilengkapi dengan pelekap VESA boleh laras untuk ketinggian, kecondongan dan putaran ergonomik juga penting untuk keselesaan.

Beli pelbagai jenis model VESA mount mengikut kesesuai monitor PC nada yang tersedia dijual di platform:
- Shopee – https://invl.me/clmpvjx
- Lazada – https://invl.me/clmpvk1
Kehadiran pilihan model monitor permainan dari pelbagai jenama di Malaysia menunjukkan permintaan yang meyakinkan dari para pengguna di sini.
Populariti dan sokongan kerajaan terhadap industri e-Sukan turut merancakkan lagi jualan PC, peranti permainan dan aksesori yang menyebabkan pengeluar berlumba-lumba memenuhi keperluan seperti monitor permainan di Malaysia.
Mengenali model monitor permainan juga mudah kerana biasanya ia diiklankan bersama perkataan “gaming monitor” pada nama model monitor tersebut.
Tetapi anda juga boleh kenalinya di bawah jenama seperti Acer menerusi jenama Predator (siri premium), Nitro (siri pertengahan) dan AOPEN (siri mampu milik).
ASUS pula menerusi jenama ROG dan TUF, HP menerusi OMEN, Samsung pula menerusi jenama Odyssey, LG menerusi UltraGear™, Gigabyte dengan AORUS nya, BenQ menerusi Mobiuz dan Dell dengan jenama Alienware.
Dengan adanya pelbagai pilihan monitor permainan dari harga mampu milik sehinggalah model premium yang berharga ribuan ringgit sekali gus memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih monitor permainan mengikut kesesuain bajet mereka.
Beli barisan monitor gaming dari pelbagai jenama di stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/clmpvqa
- Lazada – https://invl.me/clmpvqe
{suggest}