Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari cuaca panas metmalaysia-min

Teleskop Observatori Negara Langkawi Berjaya Kesan Kumpulan Tompok Matahari Besar Dan Sangat Aktif

Diterbitkan Jun 27, 2022 ยท Dikemas kini Jun 27, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Teleskop Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej kumpulan Tompok Matahari yang besar dan sangat aktif Mac lalu.

Kumpulan Tompok Matahari yang dinamakan sebagai AR2975 itu dirakam pada 30 Mac 2022 dengan menggunakan penapis cahaya nampak (whitelight).

Tetapi Kumpulan Tompok Matahari itu mula muncul pada permukaan Matahari (fotosfera) pada 23 Mac 2022 lagi tetapi kemudian hilang sepenuhnya daripada permukaan Matahari yang menghadap Bumi pada 4 April 2022 lalu.

MYSA menjelaskan, AR2975 mempunyai medan magnet yang kuat dan telah menghasilkan sebanyak 50 suar suria kelas X, M, C dan B.

Suar suria terkuat yang dihasilkan oleh AR2975 ialah suar suria kelas X1.3 yang berlaku pada 30 Mac 2022 pada jam 17:21 UTC.

tompok matahari

Suar suria itu telah menyebabkan gangguan komunikasi radio berfrekuensi tinggi buat sementara waktu di benua Amerika Utara dan Selatan.

Suar suria itu telah menghasilkan hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) ke angkasa sehingga menghasilkan ribut geomagnetik kelas G1 pada 2 April 2022 pada jam 01:00UTC.

Namun begitu, ribut tersebut tidak memberikan kesan yang ketara kepada sistem teknologi di Bumi terutamanya di negara-negara yang berlatitud rendah.

Sumber: MYSA

Baca juga:

  • China Sedang Bina Empangan Setinggi 180 Meter Tanpa Guna Tenaga Manusia
  • Matahari Akan Betul-Betul Berada Di Atas Garisan Sartan Selasa Depan
  • Ini Gambar Permukaan Matahari Pada Resolusi Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY