Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
june solstis

Matahari Akan Betul-Betul Berada Di Atas Garisan Sartan Selasa Depan

Diterbitkan Jun 15, 2022 oleh ariff bukhari

Pada hari Selasa, 21 Jun 2022 mulai jam 05:32 petang minggu hadapan, Planetarium Negara memaklumkan bahawa Matahari akan berada betul-betul di atas Garisan Sartan iaitu garisan latitud 23.4 darjah Utara untuk tempoh selama satu hari.

Peristiwa yang dikenali sebagai Solstis Jun itu akan menyebabkan hemisfera Utara Bumi  mengalami peristiwa hari paling panjang manakala hemisfera Selatan Bumi pula mengalami peristiwa hari paling pendek.

Perisitiwa itu juga akan menyebabkan berlakunya fenomena tengahari tanpa bayang di kawasan-kawasan yang berada betul-betul di atas garisan Sartan seperti kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat dan Kolkata, India.

solstis jun

Dalam bulan Mac lalu, Mac 2022, Bumi telah pun mengalami fenomena yang dikenali sebagai ekuinoks, di mana Bumi  mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Fenomena itu juga menyebabkan penduduk yang berada di atas garisan khatulistiwa mengalami peristiwa yang dikenali sebagai “tanpa bayang”.

Peristiwa “tanpa bayang” itu akan berlaku kerana Matahari pada waktu tengahari akan berada betul-betul “terpacak di atas kepala.

Sumber: Planetarium Negara

Baca juga:

  • Minggu Hadapan Suhu Bumi Dijangka Meningkat Dan Akan Alami Peristiwa “Tanpa Bayang”
  • Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
  • Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY