Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini

China Sedang Bina Empangan Setinggi 180 Meter Tanpa Guna Tenaga Manusia

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh Firdaus

Disebalik fakta yang mana masih tidak ramai orang menggunakan pencetak 3D, China telah merancang untuk membawa teknologi ini ke tahap yang baru. China sekarang ini sedang membina empangan gergasi dengan menggunakan pencetak 3D yang dikawal oleh AI (kecerdasan buatan).

Empangan yang diberi nama Yangqu ini sedang didirikan di Tibet dan mempunyai ketinggian 180 meter. Apa yang menarik lagi adalah semua jentera, trak, jengkaut dan jentolak yang digunakan semasa pembinaan ini dikawal oleh AI tanpa kawalan manusia dalam kenderaan berat tersebut.

Jika empangan ini siap pada 2024 seperti yang dijadualkan, empangan ini mampu membekalkan kuasa elektrik sebesar 5 bilion kilowatt-jam setahun kepada negara itu. Jaringan transmisi tenaga daripada empangan Yangqu ini menjangkau panjang sejauh 1,500km yang dibina khas untuk tenaga hidroelektriknya.

China Sedang Bina Empangan Setinggi 180 Meter Tanpa Guna Tenaga Manusia
Empangan Yangqu dalam fasa pembinaan di Tibet

Liu dan pasukannya memberi idea ini lebih kurang 10 tahun lepas dan merupakan penyelidik di Tsinghua University, China. Beliau berpendapat pembinaan dapat dilakukan dengan pencetak berskala besar dan dibantu oleh mesin dan jentera automatik yang boleh bekerja antara satu sama lain.

Tambahan lagi,

“mesin pintar dan automatik mampu melakukan kerja-kerja berat dengan kualiti lebih baik daripada manusia terutamanya di persekitaran bahaya dan berisiko”, kata Liu dan pasukannya.

Sumber: medium.datadriveninvestor

Baca juga:

  • Machines Sedang Mengadakan Jualan Gudang Besar-Besaran
  • Maybank: Waspada Aplikasi Palsu Dan Penipu ‘Online’
  • Elon Musk: Twitter Perlu Ikut Cara ‘WeChat’ Untuk Berjaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY