Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telegram Dilaporkan Serahkan Data Penggunanya Kepada Pihak Berkuasa German

Posted on Jun 8, 2022

Pembangun aplikasi sembang sosial Telegram dilaporkan telah memindahkan data peribadi penggunanya kepada Jabatan Jenayah Polis German.

Data-data peribadi yang diserahkan itu pula didakwa melibatkan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak.

Serahan data peribadi suspek-supek itu adalah bertujuan bagi memudahkan lagi jabatan polis itu mengakses data para suspek.

Jika laporan itu benar bermakna, ia bercanggah dengan pendirian Telegram sebelum ini di mana mereka menegaskan tidak akan berkompromi dalam perkongsian data penggunanya dengan pihak lain walaupun ia berkaitan dengan jenayah.

Telegram perlu mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi dalam sesebuah negara itu walaupun pelayan mereka berada di luar negara seperti London, Singapura dan San Francisco.

Sumber: xda-developers

Baca juga:

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16
  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album ‘Hidden’ Dan ‘Recently Deleted’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress