Telefon pintar dengan harga lingkungan RM1,500 adalah segmen paling kompetitif dalam pasaran Malaysia. Tambah pula, banyak telefon yang dilancarkan dari awal bulan Mac ini sempena acara Mobile World Congress 2022 Barcelona (MWC).
Jadi untuk artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 5 peranti terbaik setakat bulan Mac ini. Jom
Samsung Galaxy A33 5G
Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy A mereka pada 17 Mac yang lalu. Harga permulaan peranti ini adalah RM1,499 untuk model Galaxy A33 menjadikannya sesuai untuk berada dalam kategori ini.
Samsung Galaxy A33 dijana dengan cip Exynos 1280 yang didakwa lebih berkuasa dari Snapdragon 720G dan dipadankan dengan 8GB RAM/128GB storan. Pada bahagian skrin pula, ia menggunakan skrin jenis Super AMOLED 6.4 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.
Didatangkan dengan sistem 4 kamera iaitu 48MP lensa utama, 8MP ultra lebar, 2MP depth, 5MP makro dan 13MP swafoto. Kamera utama ini juga mempunyai fungsi Penstabilan Imej Optikal (OIS) untuk gambar yang jelas serta mampu mengambil gambar dan merakam video walaupun dalam suasana pencahayaan low-light.
Bateri yang dimuatkan pada peranti ini adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Malangnya, tiada palam pengecasan diberikan dari dalam kotak.
Apa yang menariknya adalah Samsung kali ini telah menyertakan penarafan kalis air dan debu IP67. Bahkan, peranti ini juga hadir dengan OneUI 4 berasaskan Android 12 dan akan menerima kemas kini Android selama 4 tahun dan tampalan sekuriti selama 5 Tahun.
Terdapat 4 pilihan iaitu Awesome Blue, Awesome Black, Awesome White dan Awesome Peach. Buat masa ini, peranti ini masih belum dijual di pasaran tempatan dan akan menerima pra-tempah sehingga 14 April 2022.
Untuk pra-tempah, anda boleh pergi ke laman rasmi Samsung dengan klik pautan ini.
Redmi Note 11 Pro 5G
Bukan 1, bukan 2 tapi 4 model. Itulah yang dilakukan oleh Xiaomi ketika melancarkan 4 siri model Redmi Note 11. Model yang hendak difokuskan kali ini adalah Redmi Note 11 5G.
Sebagai model paling premium dalam keluarganya, peranti ini dikuasakan dengan cipset Snapdragon 695 yang monyokong rangkaian 5G. Untuk storan yang dipadankan adalah 6GB/8GB RAM dan 128GB storan.
Hadir dengan 3 sistem kamera iaitu 108MP lensa utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Pada kamera swafoto pula didatangkan dengan lensa 16MP.
Saiz skrin adalah 6.67 inci jenis AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Disebabkan saiznya yang besar, bateri yang dimuatkan juga besar dengan kapasiti 5,000mAh serta menyokong pengecasan pantas 67W.
Dari dalam kotak, Redmi Note 11 Pro 5G ini hadir dengan MIUI 13 tetapi berasaskan Android 11. Walau bagaimanapun, fungsi baharu MIUI 13 seperti SideBar dapat digunakan tanpa masalah.
Harga jualan peranti ini hanyalah RM1,199 untuk varian 6GB RAM+128GB manakala RM1,299 pula untuk varian 8GB RAM+ 128GB. Jika berminat, anda boleh beli menerusi gedung rasmi atas talian Xiaomi di Lazada.
Boleh beli di:
- Lazada – https://invol.co/cl9xeqv
- Shopee – https://invol.co/cl9xf55
POCO M4 Pro 5G
Untuk model ini, ia bukanlah model baharu tahun ini tetapi sebuah model yang dilancarkan pada bulan November tahun lepas. Ini lah dia POCO M4 Pro 5G.
Jika kita lihat pada rekaan yang dibawakannya, kita sudah dapat mengagak bahawa ini adalah penjenamaan semula bagi model Redmi Note 11. Seperti yang kita tahu, Xiaomi memang akan menjenamakan semula model Redmi mereka yang dijual di pasaran China dengan nama POCO untuk pasaran global.
Tapi apa beza pula POCO M4 Pro 5G dengan Redmi Note 11 tadi? Untuk pengetahuan anda, siri Redmi Note yang dilancarkan di pasaran Malaysia tidak mempunyai spesifikasi yang sama dengan model yang dijual di pasaran China.
Bagi POCO M4 Pro 5G ini, ia dijana dengan cipset MediaTek Dimensity 810 dengan rangkaian 5G. Skrin yang digunakan pula adalah 6.6 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar input sentuh 240Hz.
Pada bahagian belakang, kita dapat lihat peranti ini seperti mempunyai banyak lensa tetapi ia didatangkan dengan 2 lensa sahaja iaitu 50MP utama dan 8MP ultra lebar. Lensa kamera swafoto pula adalah 16MP.
Bateri yang disumbatkan adalah sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah bicu audio 3.5mm, IR blaster dan slot mikroSD.
POCO juga ada melancarkan satu lagi model POCO M4 Pro tahun ini tetapi model tersebut tidak menyokong rangkaian 5G dan spesifikasinya juga sedikit rendah berbanding model POCO M4 Pro 5G.
Ia dijual dengan harga RM849 untuk varian 4GB+64GB dan RM999 pula untuk varian 6GB+128GB. Terdapat 3 pilihan warna iaitu Cool Blue, Power Black dan POCO Yellow. Berminat? Anda boleh beli menerusi gedung rasmi POCO di Shopee atau Lazada.
Boleh beli di:
- Shopee – https://invol.co/cl9wl50
- Lazada – https://invol.co/cl9wl5i
Infinix Zero X 5G
Model ini mungkin tidak begitu popular seperti jenama-jenama yang tidak dinyatakan diatas, tetapi ia berada dalam senarai ini kerana peranti ini kerana kemampuannya.
Inilah dia model yang baru sahaja dilancarkan pada hujung bulan Februari yang lalu iaitu Infinix Zero X 5G. Infinix ada melancarkan 2 peranti pada masa tersebut. Satu lagi model adalah Infinix Zero X Pro yang memfokuskan pada fotografi.
Model ini walaupun tidak terlalu memfokuskan pada fotografi, namun ia mempunyai spesifikasi lagi yang lebih menarik dengan harga yang lebih rendah.
Yang menguasakan peranti ini adalah MediaTek Dimensity 900 dengan teknologi binaan 6nm dan seperti namanya, ia menyokong rangkaian 5G. Ia dipadankan pula dengan 8GB RAM LPDDR5 dan 128GB storan UFS 3.1. Selain itu, Infinix juga memperkenalkan RAM maya pada peranti ini yang mampu menambah sehingga 5GB RAM dari storan.
Pada bahagian skrin, dilengkapi dengan saiz skrin 6.78 inci FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Pada bahagian belakang pula, terdapat 3 kamera iaitu 48MP lensa utama, 13MP potrait dan 2MP bokeh. Lensa swafoto yang digunakan pula adalah 16MP.
Bateri yang dimuatkan adalah 5000mAh dengan penyokongan teknologi TÜV Rheinland 33W.
Terdapat 3 pilihan warna iaitu Cosmic Black, Horizon Blue dan Skylight Orange yang dijual dengan harga RM1,099.
Boleh beli di Shopee – https://invol.co/cl9wmhg
realme 9 Pro
Peranti juga merupakan peranti yang baru sahaja dilancarkan pada bulan ini. realme telah melancarkan 2 model iaitu realme 9 Pro dan 9 Pro+. Menariknya untuk kedua-kedua model ini adalah realme membuatkan model 9 Pro ini lebih besar berbanding dengan model 9 Pro+.
Namun, kami tidak dapat memilih realme 9 Pro+ (RM1599) kerana harganya yang melebihi RM99 untuk berada dalam senarai kategori telefon bawah RM1500.
Apa-apa pun mari kita lihat spesifikasi realme 9 Pro ini. yang menguasakan peranti ini adalah Snapdragon 695 5G. Pada bahagian skrin, ia menggunakan skrin 6.6 inci LCD FHD+ jenis LCD tetapi mempunyai kadar segar semula sehingga 120Hz.
realme 9 Pro ini menggunakan 3 sistem kamera iaitu 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan pada bahagian depan dilengkapi dengan 16MP lensa swafoto.
Disebabkan saiznya yang besar, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas DartCharge 33W. Menariknya peranti ini, realme turut menyertakan sistem penyejukan Vapor Chamber untuk memastikan suhu peranti ini sentiasa optimum.
Terdapat 2 pilihan warna iaitu Aurora Green dan Sunrise Blue dengan 1 varian sahaja (8GB+128GB). Harga jualannya adalah RM1,199.
Boleh beli di:
- Shopee – https://invol.co/cl9xf88
- Lazada – https://invol.co/cl9wnbe
Jadi itulah 5 senarai peranti terbaik bawah RM1,500 yang kami boleh senaraikan buat masa ini. Berdasarkan 5 peranti diatas, mana satu yang menjadi pilihan hati dan berbaloi dengan bajet anda?
Baca juga:
-
5 Telefon Gaming Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Buat Masa Ini
-
Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu
-
Kajian Buktikan ‘Dark Mode’ Memang Jimat Bateri Tapi Dengan Satu Syarat